Skip to content

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Saham

Analyst Team trader
Updated 3 Nov 2020

Saham, juga dikenali sebagai ekuiti adalah sekuriti yang mewakili pemilikan sebahagian kecil syarikat. Ini memberi hak pemilik saham kepada sebahagian daripada aset dan keuntungan syarikat sama dengan jumlah saham yang pelabur miliki.

Saham dibeli dan dijual terutamanya di bursa saham dan merupakan asas portfolio pelabur individu. Pelaburan saham boleh dibeli dari kebanyakan broker saham dalam talian atau online.

Di Malaysia, pelabur atau pedagang boleh mendapatkan maklumat syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Malaysia. Selain itu, terdapat juga beberapa platform broker terkenal yang boleh digunapakai oleh pemain saham.

Telah kita telah bincangkan tentang apa itu saham. Sekarang, mari pula kita selami lebih dalam tentang saham supaya anda tahu adakah pelaburan saham sesuai untuk anda.


Buka Akaun Demo
Apa Itu Saham

Jenis Pemain Saham – Pelabur vs Pedagang (Investor vs Trader)

Dua jenis pemain saham ini adalah pelabur (investor) dan pedagang (trader). Mari kita selami lebih lanjut perbezaan kedua-dua jenis pemain saham ini.

Pelabur (Investor)

Konservatif dan kurang mengambil risiko, pelabur biasanya akan membeli saham dan simpan untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun. Mereka juga kurang aktif di dalam pasaran saham dan lebih suka untuk pilih saham berkualiti dan mempunyai dividen.

Pelabur kebiasannya mencari pulangan yang lebih daripada biasa seperti 6-8% setahun yang biasa diperolehi dari Amanah Saham Berhad (ASB), Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan yang seangkatan dengannya.

Pelabur (investor) sangat menitikberatkan saham-saham yang mempunyai ‘Fundamental Analysis’ yang kukuh.

Pedagang (Trader)

Pedagang (trader) pula sangat menekankan kepada ‘Technical Analysis’ dan banyak mengkaji carta sesebuah saham selama berhari dan berbulan lamanya.

Terdapat pula beberapa jenis trader seperti berikut:

i) Day Trader

Golongan ini berdagang untuk sehari dan sebab itu mereka digelar Day Trader. Day Trades kebiasannya membeli saham pada waktu pagi dan jual pada sebelah petangnya, atau pun membeli petang dan jual pada keesokan harinya.

ii) Swing Trader

Swing Trader pula membeli saham mengikut trend. Swing Trader akan membeli dan menyimpan untuk beberapa hari. Setelah mencapai sasaran atau jika saham bergerak agak perlahan, golongan ini akan menjual dan beralih kepada saham lain bagi mendapatkan pulangan yang lebih cepat.

iii) Scalper / Momentum Trader

Pedagang yang dikenali sebagai Scalper ini sangat licik dan gemar mengambil risiko. Mereka merupakan pedagang yang memegang saham untuk jangka masa yang sangat pendek.

Sebagai contoh, Scalper atau Momentum Trader boleh membeli saham pada pukul 10 dan jual selepas 30 minit. Tetapi, untuk menjadi Scalper, bakal pelabur haruslah belajar dengan mereka yang sangat pakar untuk meminimumkan risiko kerugian.

iv) Position Trader

Bagi Position Trader pula, mereka membeli saham dan simpan dalam tempoh 3-6 bulan dan kurang daripada setahun. Position Trader kurang mengambil risiko berbanding pedagang-pedagang yang lain, dan tidak kisah jika modal ‘tersangkut’ di dalam sesebuah saham untuk jangka masa panjang.

Justeru, kepada bakal pelabur yang ingin menjana kebebasan kewangan dengan saham, anda disarankan untuk menguasai cara melabur saham dengan sangat dalam. Anda juga harus kenalpasti jenis pelabur atau pedagang yang bersesuaian dengan kemahiran, toleransi risiko dan modal anda.

Kelebihan Saham

Mudah Dicairkan

Pelabur saham boleh menjual sebahagian atau kesemua saham mereka pada bila-bila masa. Berbeza dengan rumah yang memiliki kadar kecairan yang rendah, untuk menjual sebuah rumah prosesnya mungkin memakan masa sehingga berbulan-bulan.

Proses Yang Mudah

Pembelian saham boleh dilakukan daripada laptop atau telefon bimbit sahaja. Pelabur hanya perlu mendaftar sahaja akaun CDS dan boleh mulakan pelaburan saham.

Tidak Dikenakan Cukai

Keuntungan daripada pelaburan saham adalah dikecualikan daripada cukai. Keuntungan ini jatuh di bawah kategori keuntungan modal (Capital Gain Tax). Di Malaysia cukai ini hanya dikenakan bagi keuntungan jualan hartanah.

Keburukan Saham

Risiko Kerugian

Sejujurnya, tiada pelaburan yang bebas dari risiko. Sama juga seperti pelaburan dalam saham-saham. kehilangan modal atau ‘Capital Loss’ adalah kerugian yang diperoleh dari perbezaan harga jual dan harga beli saham. Kerugian ini berlaku bila pelabur menjual saham lebih rendah dari harga belinya.

Syarikat Dikeluarkan Dari Bursa Malaysia (Delisting)

Risiko lain yang dihadapi oleh pelabur adalah jika saham syarikat dikeluarkan dari Bursa Malaysia (delisting). Syarikat awam di Bursa Malaysia yang berstatus PN17 atau GN3 merupakan syarikat yang bermasalah dari sudut kewangan

Senarai penuh syarikat-syarikat yang bermasalah ini boleh rujuk di laman web Bursa Malaysia.

Jadi, kepada pelabur saham. Adalah penting untuk memastikan syarikat yang dipilih untuk melabur adalah stabil. Sekiranya syarikat dikeluarkan dari Bursa Malaysia, kemungkinan untuk saham merudum adalah tinggi.

Selain itu, sekiranya syarikat tersebut tidak sempat untuk menjual saham kepada entiti lain, maka duit pelaburan saham biasanya akan hilang begitu sahaja.

Bagaimana Saham Berfungsi?

Bagi bakal pelabur dan pedagang saham di Malaysia, adalah penting untuk memahami bagaimana saham berfungsi. Terdapat juga dua cara analisa penting yang bakal pelabur perlu tahu, iaitu ‘Fundamental Analysis’ dan ‘Technical Analysis’.

Bakal pelabur boleh selami dengan lebih lanjut tentang analisis dan panduan lengkap saham di artikel Panduan Membeli Saham – Belajar Cara Main Saham Dengan Mudah.

busra malaysia

Apa Itu Fungsi Bursa Saham Malaysia

Kita telahpun mendalami tentang apa itu saham. Kini, mari kita fahami fungsi Bursa Malaysia bagi pelabur dan pedagang saham di negara ini.

Bursa Malaysia dahulunya dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) (KLSE, Kuala Lumpur Stock Exchange) diperkenalkan pada tahun 1930 apabila Persatuan Broker Saham Singapura ditubuhkan sebagai satu pertubuhan rasmi sekuriti-sekuriti di Tanah Melayu.

Pasaran saham biasanya digunakan syarikat sebagai tempat untuk meningkatkan modal perniagaan dengan menjadikan sebahagian syarikat untuk perkongsian keuntungan dengan cara dijual kepada pelabur pelabur individu mahupun institusi.

Selain itu, Bursa Saham Malaysia juga berfungsi sebagai

  • Platform yang menyediakan dan mengatur urusniaga saham di Malaysia
  • Menyediakan maklumat saham kepada pelabur
  • Mencairkan matawang dan menyalurkan bagi projek pelaburan
  • Menyediakan indeks am pergerakan harga serta tahap kedudukan ekonomi negara

naik turun harga saham
Faktor Turun Naik Harga Saham

Pastinya terdapat faktor yang mempengaruhi naik dan turun harga saham. Bakal pelabur dan pedagang saham haruslah meneliti pelbagai faktor untuk menguasai kemahiran melabur. Ini adalah penting untuk mengelakkan risiko kerugian yang besar.

1. Faktor Fundamental Ekonomi Makro

Faktor ini mempunyai impak yang langsung terhadap harga pasaran saham. Faktor-faktor ini termasuk, naik atau turunnya kadar faedah yang diterajui oleh Bank Sentral Amerika (Federal Reserve), naik atau turunnya nilai eksport dan import disebabkan nilai pertukaran Ringgit Malaysia kepada dolar AS.

Selain itu, faktor keamanan dan politik, kadar pengangguran dan inflasi juga berpengaruh secara langsung terhadap naik atau turunnya harga saham.

2. Faktor Panik

Berita-berita tertentu juga dapat mencetuskan panik di salah satu bursa atau saham dan menyebabkan investor untuk menjual sahamnya. Kondisi panik ini juga akan menyebabkan tekanan jual, sehingga harga saham akan turun.
Dalam fenomena panic selling, para investor ingin segera melepas sahamnya tanpa mempedulikan harga kerana takut harga saham akan semakin jatuh.

3. Faktor Dalaman Syarikat

Selain faktor luaran, faktor dalaman syarikat saham juga akan mempengaruhi naik turunnya harga saham. Sebagai contoh, pemberian dividen atau bonus oleh sesebuah syarikat akan menyebabkan naiknya harga syarikat tersebut.

Selain itu, jika berlakunya merger dan pemerolehan atau acquisition syarikat-syarikat, harga saham syarikat tersebut juga akan terpengaruh.

4. Faktor Supply dan Demand

Dalam pelaburan saham, harga akan naik apabila demand melebihi supply, sebaliknya apabila supply meningkat dan demand atau permintaan untuk saham turun, harga saham juga akan turun.

Secara ringkas, pergerakan harga saham adalah didorong oleh emosi dari pelbagai golongan pelabur dan pedagang itu sendiri.

Apabila para pelabur dan pedagang tertarik dan optimistik, mereka akan mendorong harga saham lebih tinggi. Bila mereka bimbang dan takut, ianya akan mendorong harga saham untuk turun.

Panduan Membeli dan Melabur Saham

Pembelian atau pelaburan saham boleh dibuat dengan mudah. Bakal pedagang hanya perlu menetapkan akaun CDS, mencari broker yang bersesuaian dan kemudian boleh meneruskan dengan proses pembelian.

Untuk maklumat dan cara beli dan main saham yang mudah, bakal pelabur boleh merujuk artikel Panduan Membeli Saham – Belajar Cara Main Saham Dengan Mudah.

Jenis-Jenis Saham

Sebelum meneruskan pembelian dan perdagangan dalam saham, bakal pelabur perlulah tahu apa itu saham dan jenis saham berbeza yang terdapat di dalam pasaran saham, terutamanya di Malaysia.

1. Stocks (Saham)

Ini adalah pelaburan yang paling popular di Bursa Malaysia. Kita dapat menjadi pemilik syarikat dalam pelbagai jenis syarikat yang tersenarai.

2. Warran Saham

Warran saham adalah hak untuk membeli saham syarikat pada harga yang spesifik pada waktu yang spesifik.

Contohnya sebuah syarikat yang patuh Syariah mengeluarkan warran bagi tujuan menambah modal perniagaan. Warran yang dikeluarkan oleh syarikat ini juga adalah patuh Syariah. Warran yang sebegini sahaja yang berstatus patuh Syariah.

Manakala warran yang dikeluarkan oleh mana-mana bank pelaburan, juga dikenali sebagai structured warrants merupakan instrumen yang tidak patuh Syariah kerana hak tersebut tidak dapat ditukarkan menjadi saham syarikat.

3. Exchange-Traded Fund (ETF)

Ia adalah seperti unit trust, tetapi diniagakan di Bursa Malaysia.Ya, unit trust yang didagangkan macam saham syarikat-syarikat awam berhad. Kena ada akaun sama macam nak beli saham.

4. Amanah Saham Bumiputera (ASB)

ASB dilancarkan oleh Amanah Saham Nasiaonal Berhad pada 2 Januari 1990 untuk membantu bumiputera dalam menyediakan simpanan alternatif. Simpanan alternatif ASB boleh menjana pulangan atau keuntungan untuk jangka masa yang panjang dan secara konsisten.

5. Real Estate Investment Trust (REIT)

Harta tanah adalah kelas aset utama dalam portfolio pelaburan. Biasanya, sebelum REIT diperkenalkan, pelabur boleh melabur dalam stok harta tanah atau harta benda fizikal untuk mendapatkan pendedahan di sektor harta tanah.

Pelabur kini mempunyai pilihan untuk melabur dalam REIT dengan hanya membayar sebahagian kecil daripada harga harta tanah.

Dengan kata lain, REIT menyediakan cara untuk melabur dalam harta tanah komersial berskala besar yang berkualiti tanpa perlu membeli harta tanah secara langsung. REIT biasanya menawarkan aliran pendapatan yang stabil dan hasil pengagihan yang menarik.

pelaburan saham

Cara Untung Melalui Saham

Dalam pelaburan saham, terdapat dua jenis keuntungan. Jenis pertama ialah Capital Gain atau untung modal dimana pelabur membeli pada harga murah, dan menjual pada harga tinggi.

Jenis keuntungan yang kedua ialah keuntungan dividen.

Kebiasaannya syarikat akan memberi dividen jika peroleh keuntungan. Maka pelabur yang mengharapkan pendapatan dividen perlu faham ianya ditentukan oleh prestasi syarikat tersebut.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi bakal pelabur untuk menyemak senarai syarikat yang anda inginkan serta pastikan syarikat tersebut bersesuaian dengan portfolio anda.

Mari Mula Melabur Saham

Sekarang anda tahu apa itu saham, cara melabur dan main saham, dan jenis jenis saham yang ada di Malaysia. Jadi, apa langkah seterusnya yang patut anda tahu?

Langkah yang seterusnya ialah untuk anda mula melabur dalam saham. Tetapi, jika bakal pelabur masih ragu-ragu tentang broker terbaik yang patut anda tahu, bolehlah ke artikel kami yang memberi perbandingan lengkap broker-broker di Malaysia.