Sebagai pedagang baru, tentunya anda ingin memastikan pelaburan saham anda adalah selamat dan tidak terjejas. Terutamanya kepada pelabur atau pedagang muslim baharu, adalah penting untuk anda tahu jenis saham dan adakah terdapat saham patuh syariah di Malaysia.
Patuh syariah di dalam konteks pelaburan di Malaysia bermaksud saham dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan memenuhi keperluan perundangan Islam dari tiga aspek, iaitu
Riba adalah diterjemahkan secara kasar sebagai memperolehi keuntungan eksploitatif yang tidak adil yang dibuat dalam perdagangan atau perniagaan di bawah undang-undang Islam.
Adalah penting untuk pelabur baru memastikan agar syarikat yang ingin dibeli atau broker yang ingin dipilih untuk tidak praktik riba dalam organisasi dan perkhidmatan mereka.
Gharar bermaksud ketidakpastian, bahaya, peluang atau risiko. Ini adalah unsur negatif dalam konteks Islam, sama seperti riba. Satu kamus Islam menggambarkannya sebagai “penjualan apa yang belum ada”.
Justeru, pelabur haruslah memastikan kontrak perdagangan sama ada dengan syarikat yang ingin dibeli atau dengan broker pilihan adalah jelas dan nyata.
Perjudian adalah dilarang sama sekali di dalam konteks Islam. Ini adalah kerana perjudian adalah memudaratkan. Justeru, adalah penting bagi pelabur baru untuk memperolehi pengetahuan perdagangan yang menyeluruh sebelum mula berdagang.
Pelabur juga harus tahu sekiranya sesebuah syarikat saham menjalankan aktiviti-aktiviti perjudian ataupun yang tidak beretika.
Namun, semestinya terdapat badan beretika atau organisasi di Malaysia yang akan memastikan terlebih dahulu sekiranya syarikat syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah patuh syariah atau tidak. Badan organisasi ini dilantik untuk memudahkan pelabur Muslim baharu di Malaysia untuk berdagang.
Dikenali sebagai Majlis Penasihat Syariah, badan organisasi ini akan melakukan siasatan kepada syarikat saham dan meletakkan status patuh syariah kepada mereka, berdasarkan cara-cara di bawah.
Majlis Penasihat Syariah akan mengambil kira peratus sumbangan aktiviti tidak patuh Syariah kepada keseluruhan hasil dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sesebuah syarikat. Pengiraan akan dibuat dan dibandingkan dengan penanda aras aktiviti perniagaan yang berkaitan seperti berikut:
Penanda aras 5% digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya atau tidak selaras dengan syariah.
Peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang daripada lima peratus daripada pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat. Aktiviti-aktiviti yang diselia adalah seperti perniagaan yang disenaraikan di bawah.
Penanda aras 20% digunakan bagi aktiviti perniagaan yang disenaraikan di bawah dan peratus sumbangan aktiviti tidak patuh syariah haruslah kurang daripada 20 peratus pendapatan kumpulan atau keuntungan kumpulan sebelum cukai syarikat:
Majlis Penasihat Syariah juga menetapkan riba syarikat tidak melebihi daripada 33% daripada keuntungan syarikat dalam aktiviti-aktiviti dibawah.
Simpanan tunai di akaun bank dan instrumen konvensional nilai keseluruhannya mestilah kurang 33%. Simpanan tunai di perbankan Islam dikecualikan di dalam pengiraan kerana tidak mempunyai riba.
Hutang yang diambil kira ialah hutang yang berteraskan faedah, dan ianya mestilah kurang daripada 30%. Manakala pembiayaan secara Islam ataupun sukuk tidak diambil kira dalam pengiraan ini.
Majlis Penasihat Syariah juga akan memastikan pandangan umum masyarakat terhadap sesebuah syarikat adalah positif. Imej dan aktiviti syarikat haruslah sejajar dengan perspektif dan konteks Islam.
Setelah lulus ketiga-tiga syarat patuh syariah, barulah Majlis Penasihat Syariah akan meletakkan status patuh saham kepada syarikat-syarikat tersebut.
Berikut adalah senarai syarikat yang patuh saham di Malaysia pada tahun 2020. Untuk laporan yang lebih menyeluruh, anda boleh semak di laman web rasmi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Sebagai pelabur Islam, adalah disarankan untuk mendapatkan keuntungan yang halal dan daripada sumber yang jelas dan beretika. Justeru, dengan adanya pelaburan patuh syariah yang telah melalui proses audit atau penyaringan yang ketat, anda tidak perlu lagi mempunyai perasaan ragu-ragu dalam niat anda untuk melabur.
Sebagai pelabur Islam yang baru ingin mengenali dunia perdagangan, pastikan pelaburan saham yang anda pilih adalah saham patuh syariah dan jauh dari unsur-unsur haram. Buat lah pilihan yang tepat dan pastikan anda lengkap dengan ilmu pelaburan sebelum memulakan perjalanan pelaburan anda.
CFDs are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage . 75 % of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider . You should consider whether you understand how CFDs work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money .