Skip to content
Updated 20 Okt 2023
1.

XTB

Penilaian Traders
Kelebihan
  • Dikawal selia oleh FCA.
  • Pengalaman melebihi 15 tahun.
  • Instrumen dan sumber pendidikan yang kukuh.
Kelemahan
  • Portfolio termasuk aset selain daripada FX dan CFD
£250 Deposit Min
Tinggi Yuran
Teruk
1:10 Leveraj Maks
2nd

FBS

Penilaian Traders
Kelebihan
  • Leveraj dagangan yang tinggi
  • Menawarkan komisen sifar
  • Menawarkan pelbagai platform dagangan termasuk MT4, MT5 dan FBS Trader
  • Menerima lebih daripada 70 anugerah industri forex
  • Perlindungan baki negatif
Kelemahan
  • Tiada ciri dagangan sosial
  • Bilangan CFD yang boleh didagangkan terhad
$5 Deposit Min
Rendah Yuran
Baik
1:100 Leveraj Maks
3rd

Octa (sebelum ini OctaFX)

Penilaian Traders
Kelebihan
  • Menawarkan komisen sifar
  • Menawarkan pelbagai platform dagangan termasuk MT4, MT5 dan OctaTrader
  • Memenangi lebih daripada 60 anugerah industri forex
  • Perlindungan baki negatif
  • Webinar pendidikan, artikel, alat analisis dan akaun demo percuma
Kelemahan
  • Bilangan CFD yang boleh didagangkan agak terhad
  • Yuran Copytrading agak tinggi
$25 Deposit Min
Rendah Yuran
Baik
1:20 Leveraj Maks
4th

IG

Penilaian Traders
Buka Akaun Demo Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda. Penilitian Penuh
Kelebihan
  • Menawarkan taruhan spread sebagai pilihan cukai berkesan
  • Mempunyai pelbagai platform dagangan.
  • Pengalaman melebihi 45 tahun.
Kelemahan
  • Yuran dagangan adalah lebih tinggi berbanding beberapa pesaing lain
£250 Deposit Min
Sederhana Yuran
Sederhana
Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
5th

AvaTrade

Penilaian Traders
Kelebihan
  • Deposit minimum awal yang rendah.
  • Terdapat beberapa pilihan untuk perdagangan automatik.
  • Akaun demo percuma.
  • Jenama yang dikawal selia dan berlesen di peringkat antarabangsa.
  • Menyokong MetaTrader 4 (MT4).
Kelemahan
  • Video tutorial dalam talian yang tidak terperinci.
  • Portfolio produk adalah terhad.
  • Ulasan pelanggan yang kurang baik.
Tinggi Yuran
Baik

Untuk dianggap sebagai ‘Broker Terbaik’, sesebuah penyedia mestilah memenuhi beberapa kriteria. Sama ada anda sudah mempunyai pengalaman berdagang atau baru memulakan perjalanan dagangan mata wang anda, memilih broker merupakan proses yang penting. Dalam perbandingan broker kami, kami menilai kriteria utama, seperti yuran, sokongan dan tawaran perdagangan, serta menjelaskan perkara yang perlu anda semak semasa memilih penyedia. Selain daripada keadaan dan kos dagangan, kami turut mempertimbangkan situasi semasa di dalam pasaran – bagi menentukan broker Saham terbaik untuk anda.

Semasa mencari broker saham, broker dengan reputasi yang terbaik biasanya memenuhi standard kriteria tertentu. Bagi memperoleh peluang kejayaan yang terbaik, anda perlu memilih broker yang boleh anda percayai dan yang selesa untuk anda gunakan. Perkara ini diguna pakai sama ada anda seorang pedagang baru dan tidak berpengalaman, atau sudah mempunyai pengalaman selama bertahun-tahun. Semasa menyemak broker, kami melihat pada pelbagai kriteria yang berbeza seperti sokongan pelanggan, platform, yuran, dan sebagainya. Kami turut mempertimbangkan situasi semasa di dalam pasaran bagi membantu anda mendapatkan broker dagangan saham terbaik.

YURAN

Anda boleh membuka akaun dagangan saham secara percuma dengan hampir kesemua broker. Walau bagaimanapun, broker-broker ini akan mengenakan caj untuk perkhidmatan mereka dalam cara yang lain. Mereka mengenakan caj yuran menerusi spread antara harga, harga masa nyata, dan tambahan kepada platform dagangan. Anda juga boleh dikenakan caj menerusi deposit dan pengeluaran serta bayaran setiap bulan.

Kami juga perlu menyebut tentang leveraj, yang merupakan bahagian penting dalam perdagangan, terutamanya jika anda bermula dengan saiz akaun yang lebih kecil. Leveraj membenarkan anda memegang kedudukan yang besar di dalam pasaran berbanding saiz kedudukan yang biasanya dibenarkan oleh akaun anda. Pada asasnya, ia bermakna anda berdagang dengan lebih banyak wang berbanding wang yang ada di dalam akaun anda. Sesetengah broker mengatur leveraj pada modal yang dilaburkan. Tawaran leveraj yang tinggi, khususnya adalah lebih menarik untuk pedagang berpengalaman. Sila ambil maklum bahawa leveraj yang tinggi tidak selalunya menguntungkan.

JENIS AKAUN

Broker yang berbeza kini menawarkan pelbagai jenis akaun dagangan saham yang biasanya bergantung pada amaun deposit awal anda. Dalam kebanyakan kes, jenis akaun ini merangkumi akaun pemula hingga ke akaun VIP atau Platinum. Kebanyakan masa, tahap sokongan pelanggan adalah berbeza bergantung pada jenis akaun yang anda pilih. Broker saham anda juga mungkin akan membezakan jenis akaun anda dengan amaun volum yang anda dagangkan. Dalam hampir kesemua kes, anda boleh menaik taraf akaun anda selagi anda memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Pastikan anda mengajukan soalan-soalan ini semasa menilai jenis akaun broker saham yang berbeza: Apakah perkhidmatan yang saya peroleh dengan setiap akaun? Apakah perbezaan setiap akaun? Adakah terdapat sebarang tawaran perniagaan?

stocks

PLATFORM

Mencari platform yang sesuai semasa memilih broker untuk berdagang saham adalah penting. Ia boleh menjadikan anda daripada seorang pedagang saham yang berjaya kepada pedagang yang rugi.

Platform terbaik mempunyai antara muka pengguna yang intuitif dan membenarkan pengendalian yang mudah.

Dalam beberapa keadaan, anda boleh menggunakan perisian yang dibangunkan secara khusus untuk berdagang, walaupun kebanyakan broker juga membenarkan anda untuk menggunakan platform sedia ada seperti Meta Trader 4.

Kebolehan untuk menyesuaikan reka letak platform adalah penting dalam membantu anda kekal fokus pada masa yang perlu. Semasa mencari platform dagangan saham, pastikan anda menumpukan pada bahagian teknikal. Cari penunjuk yang tersedia dan sistem dagangan yang ditawarkan. Penunjuk teknikal adalah penting untuk strategi dagangan saham yang berjaya. Semakin banyak sokongan yang disediakan oleh platform, semakin baik anda boleh menumpukan perhatian pada perdagangan sebenar.

Satu ciri terkemuka dewasa ini adalah kebolehan untuk berdagang semasa dalam perjalanan. Maka bagi tujuan ini, cari broker yang menyediakan apl untuk telefon pintar dan tablet. Pastikan ia direka dengan baik dan mudah untuk digunakan. Struktur yang jelas dengan gambaran keseluruhan dagangan semasa anda juga adalah berguna.

KEBOLEHGUNAAN

Ketika anda melawat laman web, pastikan anda memeriksa sekiranya ia tersedia dalam bahasa anda. Kebanyakan broker memiliki laman web berbahasa Inggeris, manakala majoriti broker turut menawarkan peluang untuk memilih beberapa bahasa lain. Memahami butiran yang tersedia di laman web adalah amat penting. Anda pasti tidak mahu membaca bahasa yang tidak anda fahami sepenuhnya.

Satu perkara yang perlu disemak di sini dan yang akan memberikan anda tanggapan tentang broker dagangan saham secara keseluruhannya adalah navigasi di laman web mereka. Pastikan ia mudah untuk digunakan, dan anda boleh menavigasi seluruh laman web dengan mudah. Navigasi ‘satu klik’ amat terkenal kerana ia membenarkan anda untuk melihat semua tawaran broker secara serta-merta.

Pastikan mereka menyertakan semua perkara, seperti pilihan hubungan, model kos dan yuran, tawaran, jenis akaun, terma perkhidmatan, dan maklumat mengenai broker.
Jika boleh, semak seimbas halaman FAQ mereka.

stocks

SOKONGAN PELANGGAN

Dagangan saham bukanlah sebuah proses yang lancar, jadi anda pasti akan menghadapi masalah sepanjang perdagangan anda. Masalah-masalah ini mungkin berkaitan dengan platform atau masalah yang berkaitan dengan deposit atau pengeluaran. Disebabkan hal ini, semasa menilai penyedia, kami meletakkan nilai yang tinggi pada pilihan hubungan dan kualiti perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan oleh broker.

Hampir semua broker pada hari ini akan menyediakan fungsi sembang dalam talian langsung di mana anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan dengan kadar yang segera. Terdapat juga kaedah-kaedah lain untuk menghubungi mereka, misalnya menerusi telefon, e-mel atau borang hubungan dalam talian. Semua kaedah komunikasi sepatutnya disediakan secara percuma.

Kebanyakan broker memiliki pasukan sokongan pelanggan berbilang bahasa dan mampu berkomunikasi dengan anda dalam bahasa pilihan anda. Pastikan anda memahami semua butiran yang mereka jelaskan kepada anda. Selain daripada sokongan umum, sesetengah broker menyediakan perkhidmatan VIP. Bergantung pada akaun atau status anda, sesetengah penyedia juga mungkin menyediakan pengurus akaun peribadi untuk anda.

KAEDAH BAYARAN

Semasa membuka akaun dagangan anda buat kali pertama, anda perlu membuat deposit awal, dan anda juga pasti ingin tahu cara untuk mengeluarkan wang jika perlu, oleh itu, adalah penting untuk anda mempertimbangkan kaedah bayaran. Hampir kesemua syarikat pembrokeran saham menawarkan anda peluang untuk mendepositkan wang menerusi kad kredit, pindahan bank atau kaedah bayaran dalam talian. Transaksi kad masih menjadi cara yang paling terkenal untuk membayar wang ke dalam akaun dagangan kerana ia tidak rumit dan mengambil masa yang singkat. Pindahan bank adalah sangat selamat, tetapi pemprosesan bayaran biasanya mengambil masa selama beberapa hari. Seperti yang disebut sebelum ini, banyak broker membenarkan deposit menerusi perkhidmatan dalam talian, contohnya seperti Skrill, Neteller, dan PayPal. Kelebihan transaksi jenis ini adalah kelajuannya.

Terdapat juga yuran yang berkaitan dengan deposit dan pengeluaran. Oleh itu, adalah penting untuk anda membuat kajian dan memahami yuran-yuran ini sebelum meneruskan. Sesetengah broker akan meletakkan had pada deposit dan pengeluaran. Jadi, anda perlu ambil maklum tentang had ini sebelum melakukan transaksi.

Satu perkara terakhir yang perlu diambil maklum di sini adalah broker mungkin mengehadkan bilangan bayaran yang boleh anda buat setiap bulan, bayaran yang melebihi had tersebut akan dikenakan caj. Adalah penting untuk anda memastikan bahawa anda mengkaji semua perkara di atas sebelum membuka akaun bagi memastikan proses yang lancar.

Stocks

TAWARAN TERBAIK

Sestengah broker akan menyediakan tawaran semasa membuka akaun pembrokeran dagangan saham baharu. Ini termasuklah tawaran untuk pendidikan atau latihan. Pastikan anda memeriksa pendidikan dan latihan broker sebelum anda memutuskan jika anda mahu meneruskan pendaftaran.
Pendidikan, webinar dan tutorial bukan sahaja bermanfaat kepada pedagang baru tetapi pedagang yang lebih berpengalaman juga boleh memanfaatkan sebarang pendidikan dan latihan yang ditawarkan.
Sesetengah broker turut menawarkan seminar, manakala sesetengah broker yang lain hanya menawarkan blog dengan petua atau akademi dagangan. Tawaran-tawaran seperti kalendar ekonomi atau alat analisis pasaran juga merupakan tawaran yang berguna.

PERATURAN DAN PERLINDUNGAN DEPOSIT

Peraturan dan insurans deposit adalah isu yang penting, namun, ia bukan jaminan bahawa anda akan mendapat broker dagangan saham yang bereputasi baik. Anda masih berisiko untuk menjadi mangsa kepada broker yang tidak mengikuti peraturan. Walau bagaimanapun, anda boleh memastikan bahawa penyedia yang dikawal selia adalah berlesen untuk menawarkan perkhidmatan mereka di dalam pasaran. Pihak berkuasa kewangan yang bertanggungjawab untuk broker di rantau tersebut akan menjalankan semakan tetap pada aktiviti mereka.
Bagi mengesahkan bahawa sesebuah broker dikawal selia, anda boleh mencari direktori pihak berkuasa yang dinyatakan di laman web broker tersebut dan memeriksa maklumat perlesenan mereka. Satu perkara yang perlu anda lakukan adalah mengkaji amaun insurans deposit yang ditawarkan oleh broker pilihan anda. Mengetahui bahawa anda mempunyai perlindungan sekiranya berlaku bankrap, hingga amaun yang tertentu akan memberikan anda jaminan. Jika anda berasa risau tentang penipuan akaun broker saham, anda perlu menjalankan beberapa semakan. Dalam perbandingan penyedia, anda perlu memastikan bahawa pemindahan data sentiasa disulitkan. Dengan memilih kata laluan yang selamat, anda juga boleh menyumbang kepada keselamatan data anda.

Stocks

ANUGERAH

Laporan percetakan kewangan atau artikel mengenai broker saham yang anda nilai boleh membantu menaksir kualiti dan kebolehpercayaan mereka. Namun, artikel daripada forum adalah tidak boleh dipercayai. Seperti dagangan, ulasan broker di forum adalah berkait dengan pelbagai emosi. Pedagang yang telah kerugian wang yang banyak dengan sesebuah broker mungkin akan cenderung untuk meninggalkan komen negatif. Namun ada pedagang yang akan melakukan perkara sebaliknya, dan menulis maklum balas positif yang mungkin melangkau fakta-fakta negatif apabila mereka menjana lebih banyak wang dengan broker tersebut.

Broker yang telah bertapak, dengan pengalaman atau broker yang telah menerima anugerah seperti ‘Penyedia Dagangan Saham Terbaik’ biasanya dipaparkan di dalam percetakan. Jadi cari dan baca maklumat yang tersedia, jika mereka telah memenangi anugerah dalam beberapa acara. Ia akan memberikan anda maklum balas yang positif tentang broker tersebut.

Majalah dan laman web dagangan akan mengolah ujian kepada broker dan memberikan mereka gelaran dan anugerah tahunan untuk dagangan saham. Ia akan meneliti platform, perkhidmatan sokongan broker dan keselamatan secara berkala. Tindakan ini semestinya adalah kaedah yang cemerlang untuk menilai broker – anda biasanya boleh menemui anugerah yang tersenarai di laman web mereka.