Skip to content

Tutorial Dagangan Swing (Swing Trading)

Updated 17 Sep 2020

Dagangan swing (swing trading) adalah pendekatan kepada pelaburan kewangan yang menyasarkan untuk meraih keuntungan dalam saham, forex, mata wang kripto (atau mana-mana aset pasaran kewangan lain) dalam tempoh masa selama beberapa hari dan mungkin berlanjutan ke beberapa minggu.

Dalam kebanyakan kes, pedagang forex yang menggunakan teknik swing forex akan menggunakan analisis asas selain daripada penilaian tren pasaran dan corak harga carta teknikal. Walau bagaimanapun, pedagang swing cenderung untuk mendasari keputusan pelaburan mereka pada strategi analisis teknikal yang mengenal pasti peluang dagangan baharu sementara ia masih dalam fasa pembangunan.

Kedudukan Posisi Dagangan Swing

Dagangan swing terutamanya melibatkan pemegangan kedudukan (pendek atau panjang) dalam satu tempoh masa yang menjangkaui satu sesi pasaran tetapi biasanya tidak melebihi beberapa minggu. Semestinya, ini hanyalah rangka masa umum dan sesetengah dagangan swing mungkin memerlukan tempoh pemegangan yang lebih lama (iaitu beberapa bulan). Pasaran akan menetapkan jangka masa yang diperlukan oleh sebarang kedudukan. Oleh itu, amalan dagangan swing adalah lebih bergantung pada pendekatan dan strategi seseorang berbanding tempoh masa.

Matlamat utama dalam sebarang strategi dagangan swing adalah mencari cara untuk mengetahui sebilangan besar pergerakan harga pasaran yang seterusnya. Sesetengah pedagang swing mencari aset yang bercirikan tahap turun naik yang lebih tinggi, manakala sesetengah pedagang yang lain mungkin lebih gemar untuk menumpukan pada aset yang stabil dan bergerak dengan lebih perlahan. Apa jua situasi, teknik swing forex memerlukan pedagang untuk mengenal pasti potensi arah pergerakan harga utama aset yang seterusnya, mencari tahap untuk membuka kedudukan, mewujudkan parameter toleransi risiko menggunakan stop loss, dan mengaut keuntungan yang dijana oleh majoriti pergerakan harga seterusnya. Pedagang swing yang memperoleh kejayaan berulang mengikuti amalan-amalan ini dan keluar daripada perdagangan pada masa yang tepat supaya peluang pasaran yang seterusnya boleh ditemui dan dagangan baharu boleh dilaksanakan.

Risiko-Ganjaran Dalam Penggunaan Teknik Swing Forex

Kebanyakan pelabur swing yang berjaya dapat menilai pasaran berdasarkan rangka kerja risiko atau ganjaran yang jelas untuk setiap kedudukan. Dengan menganalisis sejarah carta harga aset, pedagang dapat menentukan masa untuk memasuki daganngan, tempat untuk meletakkan stop loss dan cara untuk membentuk strategi keluar yang menguntungkan.

Sebagai contoh, jika sesebuah aset mempunyai potensi untuk memperoleh pendapatan sebanyak 3 kepada 1 dalam kedudukan panjang, ia akan menghasilkan nisbah risiko-ganjaran sebanyak 3:1, yang secara umumnya dianggap sebagai keperluan asas dalam strategi dagangan swing. Jika sesebuah dagangan mencipta senario risiko-ganjaran yang kurang daripada 3:1, adalah lebih baik untuk meninggalkan dagangan tersebut dan mencari peluang lain di dalam pasaran.

Menguruskan Rangsa Masa Dalam Dagangan Swing

Disebabkan sifat jangka pendek kedudukan yang terlibat dalam dagangan swing, adalah tidak mengejutkan melihat pedagang swing cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan pada analisis teknikal. Sehubungan dengan itu, tiada salahnya untuk menambah teknik analisis asas dalam strategi anda.

Sebagai contoh, apabila pedagang yang menggunakan teknik swing forex ini mengesan persediaan kenaikan pada carta harga, adalah menjadi idea yang baik untuk mengesahkan asasnya. Ini adalah untuk memastikan ia menyokong pertumbuhan harga dalam aset tersebut. Walau bagaimanapun, analisis asas terbaik juga memerlukan kebolehan untuk membentuk titik keluar dan entri yang tertentu dalam setiap dagangan. Analisis teknikal menawarkan penyelesaian terbaik untuk bahagian proses ini, dan analisis carta yang seimbang bagi sebarang aset memerlukan penilaian lebih daripada satu rangka masa.

Sebagai contoh, pedagang swing jangka pendek mungkin bermula dengan memerhatikan carta 1 jam untuk mengetahui trend dominan pasaran. Sebaik sahaja terdapat indikasi yang jelas bahawa trend yang mampan wujud di dalam pasaran, pedagang swing akan mencari tarikan balik (dalam trend menaik) atau anjakan (dalam trend menurun) sebagai titik entri untuk dagangan baharu.

Sebaik sahaja trend dominan dibentuk, pedagang swing akan memerhatikan rangka masa jangka pendek (sebagai contoh carta 15 minit) untuk mencari peluang tarikan balik (pullback) dalam trend dominan.

Kelebihan Dagangan Swing

  • Dagangan swing memerlukan masa yang singkat dan pengurusan yang aktif jika dibandingkan dengan dagangan intrahari.
  • Pedagang swing boleh memperoleh bilangan dagangan jangka pendek yang banyak di dalam pasaran dan perkara ini memberikan potensi keuntungan yang maksimum.
  • Pedagang swing boleh menumpukan sebahagian besar perhatian mereka kepada amalan analisis teknikal, yang membantu meringkaskan proses dagangan mencari keluar dan entri.

Keburukan Dagangan Swing

  • Kedudukan dagangan swing biasanya tidak kukuh disebabkan risiko pasaran semalaman dan/atau hujung minggu.
  • Pembalikan pasaran yang tidak dijangka mempunyai potensi yang boleh mengakibatkan kerugian.
  • Dagangan swing biasanya memihak kepada pergerakan pasaran jangka pendek, yang boleh menyebabkan peluang terlepas dalam dagangan jangka panjang.

Strategi Teknik Swing Forex

Disebabkan istilah dagangan swing mencakupi pendekatan pasaran yang luas, terdapat beberapa strategi berbeza yang boleh digunakan. Beberapa taktik yang biasanya digunakan oleh pedagang swing yang berjaya termasuklah:

  • Corak Batang Lilin
  • Anjakan Fibonacci
  • Sokongan dan Rintangan
  • Penunjuk dan Pengayun

Dalam contoh-contoh strategi berikut, kita akan menyemak cara pedagang swing menggabungkan beberapa taktik ini untuk mengenal pasti peluang yang menguntungkan di dalam pasaran.

Dalam contoh dagangan swing pertama, kita akan melihat pada isyarat pembalikan batang lilin asas. Kemudian, kita akan melihat ke luar dan mengenal pasti cara bagi mengesan ciri-ciri analisis teknikal sokongan yang boleh dilihat di dalam pasaran dan mungkin mencadangkan peluang dagangan baharu.

Dalam carta di atas, kita dapat lihat corak Gravestone Doji yang mencadangkan pergerakan harga ke atas mungkin akan berakhir. Apabila digunakan sendiri, Gravestone Doji adalah corak batang lilin yang berkuasa kerana kebolehannya untuk memberi isyarat peluang dagangan swing baharu.

Walau bagaimanapun, isyarat ini menjadi semakin kuat apabila kita dapat mengenal pasti isyarat sokongan yang menandakan bukti selanjutnya bagi keputusan pasaran tertentu (dalam kes ini, pembalikan swing menurun).

Melihat secara lebih teliti pada carta yang sama, kita dapat lihat bahawa pergerakan dominan terdahulu adalah menurun. Dalam kata lain, aset telah berada dalam trend menurun yang menandakan momentum harga negatif. Pada masa yang sama, kita boleh menindih penunjuk RSI Stokastik pada sejarah carta untuk memberikan kita pandangan alternatif pada aktiviti harga terkini yang boleh dilihat di dalam pasaran. Apabila selesai, kita dapat lihat bahawa kecapahan menurun terlebih beli telah terbentuk bersama Gravestone Doji pada sejarah carta asal.

Ini memberikan kita bukti yang mencukupi untuk memulakan kedudukan dagangan swing pendek pada rangka masa pilihan kita. stop loss pada kedudukan ini boleh diletakkan di atas tahap tinggi pembentukan batang lilin menurun.

Dalam contoh dagangan yang seterusnya, kita dapat mengenal pasti senario dagangan swing menaik. Dalam kes ini, corak batang lilin Engulfing Bullish telah dibentuk di kawasan sokongan harga terdahulu. Kombinasi dua faktor positif ini adalah sudah cukup untuk membenarkan kita memulakan dagangan panjang dengan stop loss diletakkan di bawah tahap sokongan yang digariskan (sasaran keuntungan perlu ditetapkan pada minimum 3x toleransi risiko pada kedudukan ini).

Seterusnya, kita dapat lihat bagaimana Anjakan Fibonacci boleh memainkan peranan dalam strategi dagangan swing. Dalam carta harga Bitcoin ini, kita dapat lihat bahawa harga telah beranjak 50% daripada trend menurun terdahulu dan mencecah tahap rintangan harga utama pada masa yang sama. Pertembungan rintangan bersejarah dan zon harga Fibonacci ini membenarkan kita memulakan dagangan swing pendek dalam Bitcoin (dengan stop loss diletakkan di atas tahap rintangan).

Dalam contoh seterusnya, kita dapat lihat corak Engulfing Bearish terbentuk di dalam aset. Apabila perkara ini berlaku, kita dapat lihat bahawa Indeks Kekuatan Relatif (RSI) telah mencecah kawasan terlebih beli dan mula menjadi semakin rendah. Kombinasi bacaan penunjuk lanjutan dan corak pembalikan batang lilin ini membenarkan kita memulakan kedudukan dagangan swing pendek dengan stop loss diletakkan di atas tahap tinggi pembentukan batang lilin Engulfing Bearish.

Dagangan Swing vs. Dagangan Harian

Perbezaan utama wujud apabila membandingkan dagangan harian dan dagangan swing. Secara khususnya, dagangan swing biasanya memerlukan kedudukan dipegang semalaman manakala pedagang harian biasanya menutup semua kedudukan sebelum sesi setiap pasaran berakhir.

Semasa memegang kedudukan semalaman, pedagang swing terdedah kepada ketidaktentuan tambahan yang berkaitan dengan dagangan berbilang sesi. Atas alasan ini, pedagang swing biasanya akan menggunakan saiz kedudukan yang lebih kecil (dan leveraj yang berkurang) jika dibandingkan dengan pedagang intrahari. Memegang kedudukan semalaman juga mencipta keperluan tambahan untuk perlindungan stop loss pada semua dagangan.

Ringkasan

  • Dagangan swing boleh bertahan dalam masa beberapa hari hingga beberapa minggu untuk mengaut keuntungan maksimum daripada pergerakan harga yang telah dijangka.
  • Dagangan swing menggunakan pelbagai strategi analisis teknikal bagi mengenal pasti pembalikan jangka pendek dalam tren pasaran yang lebih besar.
  • Kedudukan dagangan diperkukuh apabila berbilang penunjuk teknikal mencadangkan hasil dagangan terarah yang jelas (sama ada menaik atau menurun).
  • Pedagang yang menggunakan teknik swing forex perlu mewujudkan parameter risiko/ganjaran yang baik daripada sekurang-kurangnya 3:1 supaya tahap keuntungan yang maksimum dapat dicapai.
  • Dagangan swing mencipta pendedahan kepada tambahan semalaman, dan itulah sebabnya saiz kedudukan yang lebih kecil, leveraj yang dikurangkan dan perlindungan stop loss sentiasa penting.