Skip to content

Tutorial Dagangan Harian

Richard Cox trader
Updated 5 Jun 2020

Dagangan harian melibatkan pembelian atau penjualan aset pasaran kewangan sepanjang tempoh masa yang sangat singkat (iaitu kurang dari satu sesi dagangan). Seperti namanya, Traders harian akan membuka dan menutup sesuatu kedudukan sebelum hari dagangan berakhir. Dalam kebanyakan kes, Traders harian akan membuka/menutup kedudukan beberapa kali dalam satu sesi dagangan jika peluang pasaran dengan kemungkinan yang tinggi wujud di dalam sesi dagangan.


Buka Akaun Demo

Strategi dagangan harian yang berjaya menyasarkan untuk mengambil kesempatan terhadap pergerakan harga kecil yang menggambarkan trend intrahari. Walau bagaimanapun, dagangan harian juga boleh membawa banyak risiko kepada mereka yang memiliki strategi tidak teruji. Inilah sebabnya adalah penting untuk pelabur medapatkan pemahaman yang mendalam tentang prinsip-prinsip asas dagangan harian. Dalam artikel ini, kita akan melihat pada beberapa faktor yang terlibat apabila Traders harian membuat keputusan untuk membeli atau menjual aset tertentu semasa selang masa intrahari. 

MEMILIH dAGANGAN DAN MEMBUKA KEDUDUKAN

Traders harian memperoleh keuntungan dengan mengeksploitasi trend intrahari dalam pelbagai kelas aset (saham, forex, mata wang kripto, opsyen dan komoditi). Semasa memilih aset yang ingin didagangkan (dan masa untuk memuka kedudukan baru), adalah kritikal untuk bermula dengan tinjauan strategi teruji dan mencari senario pasaraan yang memenuhi semua kriteria yang diperlukan. Traders baru biasanya akan melakukan kesilapan dengan memulakan dagangan baru berdasarkan logik iaitu satu-satunya cara untuk menjana pendapatan adalah membuka kedudukan aktif pada setiap masa. Walau bagaimanapun, mentaliti “takut terlepas peluang” ini boleh membawa banyak kesan yang tidak dijangka dan biasanya akan membawa kepada kerugian yang tidak diperlukan.

Atas sebab-sebab ini, Traders yang berjaya perlu sentiasa bermula dengan satu set pilihan keadaan pasaran dan kemudian menunggu supaya pasaran tersebut memenuhi keperluan. Sudah tentu, ia memerlukan tahap kesabaran yang tinggi —dan boleh menyebabkan anda terlepas banyak peluang perdagangan. Namun, berbanding menyesal kerana tidak dapat mengaut keuntungan, adalah penting untuk Traders hari mengingati kata-kata hikmat pasaran tradisional yang penting:

Adalah lebih baik berada di luar pasaran dan berharap anda di dalam pasaran berbanding berada di dalam pasaran dan berharap anda dapat keluar.”

Menentukan unsur pasaran yang paling relevan untuk Traders harian dalam menentukan pencetus beli/jual yang mencukupi memerlukan pemahaman tiga faktor utama ini:

Volum Dagangan:  Volum dagangan mengukur berapa kali sesebuah aset telah dibeli atau dijual semasa tempoh masa tertentu. Traders harian biasanya memantau purata volum pasaran untuk setiap tempoh dagangan harian sebelum memasuki dagangan untuk membeli atau menjual aset. Volum dagangan yang lebih tinggi menandakan tahap minat pasaran yang meningkat dalam aset dan ini boleh menandakan perkembangan pergerakan harga trend baharu. Ingat, volum yang meningkat boleh menjadi positif atau negatif apabila memberi kesan pada perubahan harga. Semuanya bergantung pada tingkah laku yang dilihat dalam majoriti pasaran. Adalah kebanyakan pelabur bulis atau bearis? Jawapan kepada soalan ini menentukan arah seterusnya dalam trend harga pasaran.

Kecairan Pasaran:  Tahap kecairan pasaran membenarkan Traders harian untuk masuk dan keluar daripada keudukan mereka pada harga yang menguntungkan. Sebagai contoh, pasaran yang bercirikan tahap kecairan yang rendah biasanya mengalami gelinciran dagangan yang boleh membawa kepada sebaran yang luas (kos dagangan yang lebih tinggi) apabila jarak antara harga bida/tawar meningkat. Traders harian biasanya akan memasuki beberapa kedudukan setiap hari, sambil berharap untuk memperoleh keuntungan yang kecil. Apabila keuntungan kecil ini berkurang disebabkan kos dagangan yang besar, jumlah pendapatan Traders harian juga boleh merosot.

Kemeruapan Harga Kemeruapan harga mengukur potensi pasaran untuk perubahan dalam penilaian. Pada asasnya, kemeruapan menunjukkan kepada Traders harian perbezaan antara tahap tinggi dan tahap rendah harga (sepanjang tempoh masa tertentu). Perbezaan harga ini mencipta julat dagangan yang boleh digunakan oleh Traders harian untuk menentukan parameter kedudukan. Sebagai satu peraturan asas, tahap kemeruapan yang lebih tinggi bermakna potensi perolehan yang lebih besar (serta potensi kerugian yang lebih banyak).

MENETAPKAN SASARAN KEUNTUNGAN YANG REALISTIK

Strategi dagangan harian tidak semestinya berakhir dengan perolehan sepanjang masa untuk menjana keuntungan yang konsisten. Malah, ramai Traders harian hanya berjaya 50-60% daripada kedudukan mereka. Bagaimanakah ia dianggap menguntungkan jika hanya 50% daripada kedudukan Traders membawa keuntungan? Bukankah ini bermakna bilangan dagangan yang sama akan kerugian dan hasilnya adalah neutral (sifar jumlah perolehan)?

Tidak semestinya. Helah untuk berjaya sebagai Traders harian adalah untuk menstruktur kedudukan supaya dagangan yang berjaya memperoleh pulangan yang lebih besar berbanding dagangan yang kerugian. Sebagai satu peraturan asas, Traders harian akan mencari sasaran keuntungan yang kira-kira 3x potensi kerugian. Selagi parameter ini dikekalkan, Traders harian boleh kalah dalam kebanyakan kedudukan tetapi masih berakhir dengan keuntungan dalam tempoh masa yang panjang. Ingat, dagangan harian memerlukan kita untuk menetapkan sasaran keuntungan yang realistik berdasarkan julat dagangan pasaran dan potensi kemeruapan. Sentiasa pastikan bahawa risiko dagangan adalah terhad kepada peratus jumlah saiz akaun dagangan yang telah ditetapkan (biasanya sekitar 2%). Menyimpang daripada peraturan ini boleh mengakibatkan kerugian yang besar sekiranya harga pasaran berubah secara tidak dijangka.

ANALISIS TEKNIKAL DALAM DAGANGAN HARIAN

Traders harian biasanya menggunakan pelbagai alat analisis teknikal. Sesetengah daripada alat analisis teknikal yang paling biasa digunakan oleh Traders harian termasuklah:

  • Purata Pergerakan
  • Titik Pangsi (Pivot Point)
  • Pengayun Stokastik
  • Indeks Purata Terarah(ADX)
  • ParabolikSAR
  • Analisis Trend

Kebanyakan daripada penunjuk ini boleh digunakan bersama satu sama lain sebagai cara mencari persediaan dagangan dengan kemungkinan yang tinggi. Walau bagaimanapun, anda biasanya tidak dinasihatkan untuk menggunakan lebih daripada tiga penunjuk analisis teknikal pada satu masa (kerana pendekatan ini boleh memberikan bacaan harga yang bercanggah).

MENSTRUKTUR KEDUDUKAN PASARAN

Selepas menentukan set peraturan dagangan yang tertentu (berdasarkan faktor-faktor seperti volum, kemeruapan, sasaran keuntungan dan pendedahan henti rugi), Traders harian mestilah menilai carta harga aset dan menilai keadaan pasaran semasa. Sebagai satu peraturan asas, menutup dagangan adalah idea yang baik sekiranya taakulan sebenar di sebalik kedudukan tersebut telah dibatalkan oleh pasaran.

Sebagai contoh, dagangan harian berdasarkan julat harga yang telah ditentukan sebelumnya berkemungkinan besar perlu ditutup jika julat tersebut berpecah dan tidak lagi mengandungi aktiviti pasaran. Sebaliknya, dagangan aktif juga perlu ditutup setelah potensi keuntungan mula berkurang. Sebagai contoh, dagangan berdasarkan trend menaik mungkin ditutup selepas harga berbolak-balik dengan ketara dan mula berhenti bergerak pada tahap rintangan bersejarah.

HEnTI RUGI DAN PESANAN HAD

Apabila kita berkata bahawa Traders perlu “mengehadkan kerugian mereka,” kita secara khususnya mengatakan bahawa henti rugi atau pesanan had perlu diletakkan apabila Traders harian membuka kedudukan aktif. Lagi pun, henti rugi berfungsi sebagai langkah perlindungan semasa tempoh kemeruapan pasaran yang tinggi.

Sekiranya kejadian berita yang tidak dijangka mula mempengaruhi tingkah laku dagangan, dagangan tanpa perlindungan henti rugi boleh berkurang dengan cepat sebelum kerugian dan menyingkirkan hasil keuntungan dalam sebarang sistem dagangan. Melihat dagangan dihentikan akibat kerugian bukanlah perkara yang menyeronokkan. Namun menutup kedudukan yang mengalami kerugian boleh membenarkan Traders harian utnuk mengambil satu langkah ke belakang dan mencari peluang dagangan yang lebih baik di tempat lain di dalam pasaran.

CONTOH DAGANGAN HARIAN MASA NYATA

Traders harian menggunakan banyak kaedah yang berbeza untuk mencapai pendekatan yang berjaya bagi menguasai pasaran. Setiap persekitaran memiliki potensi risiko dan kemungkinan ganjaran yang tersendiri, oleh itu, sesetengah strategi adalah lebih sesuai berbanding yang lain bergantung pada konteks pasaran. Seterusnya, kita akan membincangkan empat strategi paling terkenal yang digunakan oleh Traders harian pakar.

Scalping: merupakan strategi dagangan harian yang paling terkenal, yang melibatkan penutupan dagangan hampir serta-merta setelah kedudukan membawa keuntungan. Dalam kes-kes ini, sasaran harga adalah berbeza kerana dagangan biasanya ditutup secara manual setelah harga mula bergerak menentang kedudukan.

Scalper pakar akan dapat membaca momentum negatif dan memulakan kedudukan pendek pada harga $1,510 menggunakan carta harga 5 minit. Setelah bacaan penunjuk pada Indeks Kekuatan Relatif (RSI) mencapai kawasan terlebih jual, Traders scalping akan menutup kedudukan dengan keuntungan.

Dagangan Momentum:  melibatkan pembinaan dagangan berdasarkan pada trend asas yang boleh dilihat di dalam pasaran setiap hari. Secara umumnya, Traders harian akan mencari pergerakan yang sedang trend yang disokong oleh penunjuk trend yang meningkat, kerana ia mencadangkan kesahihan yang lebih besar dalam arah trend tersebut.

Seterusnya, kita akan melihat pada dagangan momentum yang mendasarkan unjurannya pada garis trend carta. Apabila garis trend meningkat muncul, Traders pakar akan melihat perubahan dalam momentum pasaran, dan membeli minyak mentah pada harga $56.20.

  • Sasaran Keuntugan dietapkan pada tahap rintangan terdahulu(pada $57.40)
  • 3x risiko-ganjaran bermakna henti rugi perlu diletakkan pada$55.90

Seperti yang boleh dilihat dalam carta, hasil akhir menunjukkan bahawa dagangan momentum memperoleh keuntungan apabila harga minyak mentah terus bergerak lebih tinggi dengan garis trend harga. Perkara ini membawa keuntungan untuk dagangan panjang.

TEKNIK DAGANGAN HARIAN MAJU: PANGSI (PIVOT) DAN FADING HARGA

Fading Harga: melibatkan penjualan aset selepas rali utama atau pembelian aset selepas ia mengalami susutan penilaian yang ketara. Strategi fading adalah berdasarkan andaian bahawa pasaran yang terlalu dilanjutkan akan kembali ke puratanya. Traders konservatif biasanya melihat pendekatan ini sebagai berisiko kerana majoriti momentum pasaran telah pun bergerak menentang kedudukan.

Pangsi Harga Harian melibatkan pembinaan dagangan harian berdasarkan pada potensi aset untuk kemeruapan. Traders harian cuba untuk membeli pada tahap harga yang rendah dan menjual pada tahap harga yang tinggi pada setiap hari dagangan. Sasaran harga dan henti rugi biasanya berdasarkan pada tahap sokongan dan rintangan yang menentukan julat dagangan harian.

RINGKASAN

  • Dagangan harian melibatkan pembelian atau penjualan aset pasaran kewangan sepanjang tempoh masa yang sangat singkat (iaitu kurang daripada satu sesi dagangan).
  • Dalam kebanyakan kes, Traders harian akan membuka/menutup kedudukan beberapa kali dalam satu sesi dagangan jika terdapat peluang pasaran dengan kebarangkalian yang tinggi.
  • Menentukan unsur pasaran yang paling relevan untuk Traders harian dalam menentukan pencetus beli/jual yang mencukupi memerlukan pemahama tiga faktor utama: volum dagangan, kecairan pasaran dan kemeruapan harga.
  • Traders harian biasanya menggunakan pelbagai alat analisis teknikal, termasuklah: purata pergerakan, titik pangsi, pengayun stokastik dan analisis trend.
  • Traders harian menggunakan pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencapai pendekatan yang berjaya dalam menguasai pasaran. Empat strategi paling terkenal yang digunakan oleh Traders harian pakar termasuklah: scalping, fadingharga, titik pangsi harian, dan dagangan
  • Henti rugi berfungsi sebagai langkah perlindungan semasa tempoh kemeruapan pasaran yang tinggi dan perlu sentiasa digunakan sebagai sebahagian daripada strategi dagangan harian.
  • Traders harian perlu menetapkan parameter toleransi risiko yang maksimum pada tidak lebih 2% daripada jumlah akaun dan sasaran keuntungan perlu ditetapkan pada kira-kira 3x potensi kerugian dalam sebarang dagangan.
Richard memiliki pengalaman melebihi dua dekad dalam pasaran kewangan dan penulisannya telah diterbitkan dalam CNBC, NASDAQ, Economy Watch, Motley Fool, dan Wired Magazine