Skip to content

AvaTrade

Analyst Team trader
Updated 31 Ogo 2023

Buka Akaun Demo
avatrade review

Diasaskan pada tahun 2006 oleh pakar kewangan dan web-dagang, AvaTrade merupakan broker forex dan kontrak untuk perbezaan (CFD) dalam talian yang berpangkalan di Dublin, Ireland. Misi broker ini adalah menyediakan pengalaman berteknologi penuh yang menggabungkan keselamatan peringkat tertinggi, integriti dan keadilan kepada para pelabur.

Selain daripada ibu pejabatnya di Ireland yang  dikawal selia oleh Bank Negara Ireland, AvaTrade memiliki beberapa buah pejabat yang dikawal selia secara setempat di Afrika Selatan, Jepun, Kepulauan Virgin British, Kanada dan Australia. Broker ini turut menawarkan lebih daripada 250 aset boleh dagang, termasuk forex, mata wang kripto, indeks, saham dan komoditi, dan laman webnya telah diterjemahkan kepada lebih daripada 20 buah bahasa. 

Jika anda berminat dengan AvaTrade, teruskan bacaan anda bagi menentukan sekiranya broker ini memenuhi keperluan dagangan anda dan sama ada membuka akaun dengan AvaTrade adalah keputusan yang bijak untuk anda.

Broker Overview

AvaTrade Lower trading fees

Penilaian Traders
sila lihat
😁 Kami amat menyukai…
  • Deposit minimum awal yang rendah.
  • Terdapat beberapa pilihan untuk perdagangan automatik.
  • Akaun demo percuma.
  • Jenama yang dikawal selia dan berlesen di peringkat antarabangsa.
  • Menyokong MetaTrader 4 (MT4).
😕 Boleh diperbaiki…
  • Video tutorial dalam talian yang tidak terperinci.
  • Portfolio produk adalah terhad.
  • Ulasan pelanggan yang kurang baik.

Apakah yang boleh anda dagangkan?

Ulasan Forex AvaTrade

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$100 Sederhana 1:400 Mid

Apabila bercakap tentang dagangan forex, AvaTrade membenarkan anda untuk berdagang semua pasangan utama di pasaran, serta beberapa mata wang minor dan eksotik yang merangkumi sejumlah 50 pasangan mata wang. Anda juga boleh berdagang opsyen Forex menerusi broker ini, serta Shekel Israil, yang biasanya tidak tersedia dalam kalangan broker runcit.

Broker ini turut menawarkan spread yang kompetitif yang bermula pada 0.8 pip, yang menyaingi kebanyakan broker runcit lain. Berkenaan dengan leveraj, pejabat EU AvaTrade hanya menawarkan leveraj sehingga 30:1 kepada pelanggan Eropah disebabkan peraturan EU yang ketat, walaupun pejabat luar pesisirnya di Kepulauan Virgin British mungkin menyediakan leveraj sehingga 400:1.

Anda boleh berdagang mata wang dengan amaun serendah 0.01 bagi satu lot standard, dan anda hanya memerlukan deposit minimum sebanyak $100 untuk bermula dengan akaun asas.

Dari segi liputan pelanggan, AvaTrade terutamanya memenuhi keperluan Traders runcit dan syarikat. Mereka menawarkan bantuan pendidikan, akaun demo dan ciri-ciri lain untuk Traders pemula dan pakar.

AvaTrade menyediakan akses ke platform MT4 dan MT5 yang terkenal, mesra pengguna dan canggih untuk dagangan forex yang menyokong pelaksanaan dagangan manual dan automatik. Spread yang rendah dan pelbagai pasaran yang tersedia menjadikan AvaTrade pilihan yang berdaya maju untuk kebanyakan Traders.

Ulasan CFD AvaTrade

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$100 Sederhana 1:400 Mid

AvaTrade menawarkan pelbagai instrumen CFD, termasuk CFD pada komoditi, indeks, ETF, saham, bon dan mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum. AvaTrade tidak menawarkan dagangan ekuiti pada saham tunggal, jadi anda hanya boleh berdagang saham individu menerusi CFD.

AvaTrade turut menawarkan CFD pada beberapa aset yang tidak ditemui pada kebanyakan platform lain, seperti Dana Dagangan Bursa (ETF). Dana pelaburan jenis ini menjejak pelbagai aset yang terdiri daripada mata wang, saham, bon dan/atau komoditi, dan ia boleh didagangkan seperti saham di bursa.

Ulasan Dagangan Sosial AvaTrade

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Yuran
$100 Sederhana Mid

Dengan AvaTrade, anda boleh berdagang pada platform-platform terkemuka untuk dagangan salinan (copy trading), termasuk ZuluTrade dan Duplitrade dengan pelbagai penyedia isyarat yang boleh dipilih. AvaTrade turut menyokong kemudahan penyalinan dagangan MT4.

Selepas anda membuka platform MT4, anda boleh mendaftar akaun anda untuk dagangan sosial/atup dengan memilih ‘Auto Trading’ (Dagangan Auto). Kemudian, anda boleh menekan pada tab Signals (Isyarat) dalam tetingkap kotak alat di bahagian bawah skrin paparan lalai platform MT4 untuk melihat seleksi isyarat dagangan yang boleh anda ikuti. Memilih sebarang isyarat membenarkan anda mula menyalin Isyarat pedagang dalam masa nyata.

Walaupun sesetengah isyarat MT4 disediakan secara percuma, ramai pedagang yang baik yang menyediakan isyarat menerusi perkhidmatan ini mengenakan caj kepada pelanggan dengan keistimewaan untuk menyalin dagangan mereka.

Ulasan Mata Wang Kripta AvaTrade

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$5 Few 1:30 Mid

Apabila menyentuh tentang mata wang kripto, AvaTrade menawarkan anda dengan pelbagai syiling digital berbeza untuk didagangkan yang tersedia 24/7, termasuk Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Litecoin (LTC), Ripple (XRP) dan EOS.

AvaTrade juga membenarkan anda untuk menggunakan leveraj dengan mata wang kripto yang merangkumi leveraj maksimum 2:1 untuk penduduk EU dan sehingga 25:1 untuk mereka yang menetap di luar EU. Ciri lain yang ditawarkan oleh AvaTrade adalah kebolehan untuk menetapkan henti rugi dan pesanan had bagi melindungi akaun anda dan mengambil keuntungan secara automatik pada tahap semasa.

Kebanyakan broker mata wang kripto membenarkan anda untuk membeli dan menjual syiling menentang syiling lain, tetapi AvaTrade turut membenarkan anda untuk berdagang mata wang kripto menentang mata wang fiat utama lain, seperti USD, GBP, EUR dan JPY. AvaTrade juga tidak mengenakan komisen atau yuran bank pada transaksi mata wang kripto.

Apakah pendapat Traders kami selepas menyemak kriteria utama?

Yuran AvaTrade

Penilaian Traders

Pelanggan AvaTrade hanya akan membayar spread urus niaga apabila mereka membuka kedudukan, dan AvaTrade tidak mengenakan caj komisen pada dagangan. Serta, spread di AvaTrade adalah terapung, kecuali untuk emas, perak dan minyak mentah yang didagangkan dengan spread urus niaga yang tetap.

Ini bermakna spread bida-tawaran boleh berubah untuk kebanyakan produk, bergantung pada kecairan semasa dan keadaan dagangan dalam pasaran semasa sebut harga dibuat. Secara amnya, kecairan yang lebih besar menyebabkan spread urus niaga yang lebih ketat.

Maka, mengatur masa sesebuah dagangan adalah penting kerana isu kecairan bermaksud Traders perlu berdagang pada spread yang lebih luas pada malam hari Ahad semasa penggerak pasaran aktif berbanding pada petang hari Isnin di UK setelah New York memasuki pasaran. Secara asasnya, semasa hari bekerja, volum dagangan adalah lebih besar, oleh itu spread urus niaga juga adalah lebih ketat.

Faktor lain yang perlu dipertimbangkan adalah caj faedah semalaman yang dikenakan kepada Traders sebagai yuran swap atau gulung lampau. Traders yang memegang kedudukan selepas penutupan pasaran New York perlu membayar yuran yang kecil kerana melakukannya sekiranya mereka menjalankan kedudukan pendek dan aset dengan faedah yang lebih tinggi.

Avatrade mengenakan bayaran tidak aktif sekiranya anda gagal untuk membuat dagangan untuk tempoh masa yang lama. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak $25 untuk tiga bulan tidak aktif, dan $100 jika anda tidak berdagang melebihi setahun.

Jenis Akaun

Penilaian Traders

AvaTrade menawarkan pelbagai jenis akaun dagangan yang sepatutnya sesuai dengan keperluan kebanyakan Traders. Semua jenis akaun membenarkan Traders untuk mengakses Pengurus Akaun Khusus 24/5 dan Talian Penting Transaksi Jabatan Urus Niaga.

Selain daripada akaun demo percuma yang diberikan wang maya yang boleh anda gunakan untuk berlatih dagangan dan menguji strategi, anda boleh memilih daripada senarai jenis akaun langsung berikut yang tersedia di AvaTrade:

  • Silver Account (Akaun Perak): Format asas untuk pemula yang memerlukan deposit minimum sebanyak $100.
  • Gold Account (Akaun Emas): Deposit minimum sebanyak $1,000 diperlukan, dan isyarat dagangan harian disertakan dalam pakej ini.
  • Platinum Account (Akaun Platinum): Deposit minimum sebanyak $10,000 diperlukan, dan manfaat termasuklah akses ke bilik urus niaga langsung untuk prestasi dagangan yang dipertingkat.
  • Ava Select Account (Akaun Ava Select): Akaun premium ini menyertakan semua ciri dan kemudahan yang tersedia dan memerlukan deposit awal sebanyak $100,000. Pemegang akaun juga mendapat akses ke penganalisis akaun kanan, keadaan dagangan yang fleksibel dan masa pemprosesan pengeluaran 24 jam.
  • Islamic Account (Akaun Islamik): Akaun jenis ini mematuhi undang-undang Syariah dan disasarkan kepada orang Islam di mana agama mereka melarang bayaran faedah. Ini merupakan akaun biasa tetapi yuran swap atau faedah tidak dikreditkan atau didebitkan.

Faedah lain yang dinikmati oleh pemegang akaun langsung di AvaTrade termasuklah dagangan mudah alih, berita pasaran langsung dan blog kewangan bermaklumat. Broker ini turut menawarkan kursus-kursus berkaitan dagangan yang sesuai dengan setiap jenis Traders dan tahap pengalaman.

Platform

Penilaian Traders

AvaTrade tidak mengenakan caj untuk platform dagangan yang disokongnya, yang berfungsi pada semua sistem pengendalian. Walau bagaimanapun, ia kekurangan kepelbagaian dalam perisian dagangan yang disediakan oleh beberapa broker dalam talian terkemuka dan boleh memberikan AvaTrade ulasan yang lebih baik.  

Paling ketara, broker ini menyokong platform dagangan MT4 dan MT5 yang terkenal, canggih dan mudah untuk digunakan. Selain daripada platform desktop, MT4/5 mempunyai versi mudah alih dan berasaskan web supaya anda boleh berdagang dari keselesaan rumah. Tangkapan skrin di bawah menunjukkan versi mudah alih MT4. 

AvaTrade Mobile

Selain itu, AvaTrade menyokong terminal Pengurus Berbilang Akaun (MAM) MT4 untuk Traders yang ingin menguruskan berbilang subakaun untuk pelanggan. Dagangan sosial juga disokong menerusi tab Isyarat MT4.

AvaTrade juga menawarkan perisian AvaOptions yang serupa dengan MT4, tetapi ia memiliki ciri-ciri khusus seperti kalkulator keuntungan, grafik titik putus dan pip yang menjadikannya agak berguna untuk sesetengah Traders.

Terdapat juga versi mudah alih bagi perisian dagangan ini yang dipanggil AvaTradeGo, yang membawakan semua ciri versi desktop ke tapak tangan para Traders. Ia juga memiliki pembantu masa nyata dengan lebih daripada 20 buah bahasa yang tersedia.

Apl AvaTradeGo membenarkan Traders untuk berdagang saham, mata wang kripto, forex dan komoditi. Ia mempunyai analisis trend pasaran untuk setiap aset yang tersedia, serta maklumat tentang perkara yang didagangkan oleh komuniti AvaTrade.

Kebolehgunaan

Penilaian Traders

Laman web rasmi AvaTrade membawakan format yang mudah untuk dibaca dengan pautan ke bidang-bidang berkaitan yang mungkin diperlukan oleh bakal pelanggannya. Ia juga dikemas kini secara tetap dengan ciri-ciri dagangan baru dan berita pasaran terkini.
Laman web AvaTrade menampilkan pelbagai tutorial dan penerangan umum tentang istilah dagangan yang disasarkan untuk golongan pemula, serta e-buku latihan dan video. Semua bahan ini membantu Traders baru dan tidak berpengalaman untuk memahami dunia dagangan forex.

Sokongan Pelanggan

Penilaian Traders

AvaTrade menyediakan pelanggannya dengan pelbagai pilihan hubungan untuk masalah teknikal dan pertanyaan umum. Ini termasuklah fungsi sembang langsung, nombor telefon langsung dan halaman FAQ. Broker ini juga mempunyai halaman kenalan seperti yang ditunjukkan di bawah dengan borang di mana anda boleh menghantar permintaan sokongan anda.

AvaTrade Customer Support

E-mel pengesahan biasanya dihantar secara serta-merta selepas mesej diserahkan, namun balasan hanya akan diterima pada hari perniagaan seterusnya.

Turut disertakan pada halaman Hubungi Kami (Contact Us) AvaTrade adalah maklumat mengenai cara untuk berhubung dengan wakil syarikat ini di pejabat-pejabat di seluruh dunia menerusi telefon. AvaTrade memiliki wakil di lebih daripada 35 buah negara, namun pastikan anda menyemak waktu perniagaan setempat sebelum membuat panggilan. Pilihan sokongan lain adalah halaman FAQ broker ini yang mengandungi maklumat tentang 150 topik dan merupakan cara yang baik untuk memperoleh jawapan bagi soalan-soalan biasa.

Akhir sekali, Avatrade menyediakan perkhidmatan sembang langsung yang sangat berguna, yang boleh digunakan semasa minggu dagangan dari petang hari Ahad hingga petang hari Jumaat, waktu New York, namun tiada liputan sokongan di luar waktu yang disebutkan ini. Walaupun wakil perkhidmatan pelanggan tidak mengetahui semua perkara mengenai syarikat ini, mereka akan melakukan yang terbaik untuk menjawab soalan anda.

Kaedah Bayaran

Penilaian Traders

Sebagai broker global, AvaTrade menyediakan pelbagai saluran bayaran untuk memenuhi keperluan pelanggan serantau supaya mereka boleh membuat deposit margin untuk membuka akaun dagangan. Perkara ini mengehadkan potensi masalah yang berkaitan dengan transaksi antarabangsa. Traders UK boleh membuat deposit secara terus dalam mata wang paun sterling (GBP) dan boleh menggunakan akaun mereka dalam mata wang tersebut.

Sesetengah daripada kaedah bayaran yang diterima oleh AvaTrade telah disenaraikan di bawah:

  • Bayaran kad: Transaksi kad diproses dengan serta-merta. Deposit minimum untuk transaksi kad adalah $100 dan deposit maksimum adalah sebanyak $20,000. kaedah ini tidak melibatkan sebarang caj. Penduduk Kanada tidak boleh menggunakan kaedah ini.
  • MasterCard Debit: MasterCard menawarkan cara yang mudah untuk mengeluarkan keuntungan daripada akaun broker forex AvaTrade. Buat masa ini, ia hanya tersedia untuk akaun dolar A.S.
  • Pindahan kawat bank: Pindahan kawat digunakan secara global dan tidak mempunyai had transaksi. Ulasan Dagangan AvaTrade pada tahun 2018 bagi proses pindahan kawat mendedahkan bahawa yuran transaksi dikenakan di peringkat bank koresponden. Pemprosesan transaksi biasanya mengambil masa selama 2-7 hari.
  • E-dompet: AvaTrade menyokong penggunaan e-dompet seperti Webmoney, Skrill, dan Neteller. Untuk Webmoney, Skrill, dan Neteller, deposit minimum adalah sebanyak $100 dan deposit maksimum adalah sebanyak $5,000. Dana transaksi akan dikreditkan ke akaun anda dalam masa 24 jam. Sila ambil perhatian bahawa pilihan ini tidak tersedia untuk pelanggan yang menetap di Australia atau EU.

Tawaran Terbaik

Penilaian Traders

Buat masa ini, AvaTrade menawarkan bonus akaun baru kepada pelanggan yang boleh meningkatkan baki akaun awal anda secara ketara. Sebagai contoh, semasa membuka akaun baru, anda akan mendapat £200 bagi setiap £1,000 yang didepositkan, atau £2000 bagi setiap £10,000 yang didepositkan. Untuk menentukan jumlah bonus deposit yang boleh anda perolehi, semak kalkulator bonus di laman web broker ini di sini.

Tambahan pula, AvaTrade mempunyai program rujukan rakan yang membenarkan anda memperoleh $250 bagi setiap rakan yang anda rujuk kepada syarikat ini dan membuka akaun, selepas anda memenuhi syarat kelayakan awal yang dinyatakan di sini.

Avatrade menawarkan akaun demo untuk Traders yang ingin menguji pasaran sebelum merisikokan modal mereka sendiri. Akaun-akaun ini biasanya digunakan oleh pemula bagi tujuan pembelajaran. Sungguhpun begitu, Traders berpengalaman boleh menggunakan perkhidmatan demo sebagai satu cara untuk menguji strategi baru, ciri-ciri berbilang carta, penasihat pakar dan sebagainya. Akaun demo berfungsi dengan harga pasaran sebenar dan turut memiliki semua ciri yang disokong dalam akaun sebenar. Satu-satunya perkara yang anda perlukan untuk membuka akaun demo adalah alamat e-mel yang sah.

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan oleh AvaTrade adalah kalendar ekonomi yang dikuasakan oleh TradingView, kalendar siaran pendapatan, kalkulator dagangan forex dan pelbagai alat analisis asas dan teknikal. AvaTrade juga menawarkan berita pasaran dan analisis, serta tutorial video kepada para penggunanya.

Broker ini memiliki pusta bahan pendidikan yang cukup luas. Ini termasuklah maklumat mengenai CFD, eBuku Forex dan kursus dagangan untuk aset yang berbeza.

AvaTrade juga memiliki beberapa akaun media sosial aktif. Kini, Halaman Facebook broker ini mempunyai lebih daripada 100,000 pengikut, sementara akaun Twitter broker ini memiliki lebih daripada 10,000 orang pengikut, dan saluran YouTube AvaTrade pula memiliki 2,400 pelanggan.

Peraturan dan Perlindungan Deposit

Penilaian Traders

AvaTrade ialah sebuah syarikat multinasional yang sah, yang berpangkalan di Dublin Ireland dan beroperasi di bawah pihak berkuasa kawal selia Bak Negara Ireland dan perlu mematuhi Arahan Pasaran dalam Instrumen Kewangan II (MiFID II) disebabkan penyertaannya dalam Kesatuan Eropah. Broker ini telah ditubuhkan pada tahun 2006 dan telah membuka pejabat-pejabat serantau di Paris, Milan, Tokyo dan Sydney. Ini menunjukkan sejarah pengendalian yang bereputasi baik dan pertumbuhan yang berterusan.

Di Australia, Ava Capital Markets diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), sementara AvaTrade dikawal selia oleh FSB di Afrika Selatan dan FSA dan FFAJ di Jepun. Entiti pesisir pantai broker ini, Ava Trade Ltd, didaftarkan di Kepulauan Virgin British dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Kepulauan Virgin Britsih.

Berkenaan dengan keselamatan dana, AvaTrade mengasingkan dananya sendiri daripada dana para pelanggannya. Sistem perlindungan data broker ini termasuklah penyulitan laman web SSL 256-bit, meterai True-Site, dan pematuhan WebTrust, menurut Institut Akauntan Awam Bertauliah Amerika.

Pendaftaran akaun AvaTrade memberikan anda dokumen pengenalan kerajaan, seperti pasport, dan dokumen dengan alamat fizikal. Syarikat ini memiliki prosedur pencegahan pengubahan wang dan memastikan Traders adalah orang dewasa semasa membuka akaun. Bagi mengelakkan pengubahan wang haram, broker ini hanya akan mengeluarkan wang ke sumber sama yang membuat deposit asal.

Anugerah

Penilaian Traders

AvaTrade memiliki hubungan yang baik dengan media dan telah diberikan beberapa hadiah, memenangi 69 anugerah sejak tahun 2009. Broker ini turut menerima ulasan AvaTrade yang positif daripada laman web perbandingan broker, walaupun bukan semua pelanggannya gembira dengan pengalaman mereka.

Pada awal tahun 2018, AvaTrade telah memenangi anugerah Pengalaman Dagangan Terbaik daripada FXEmpire kerana menjadi “Salah satu perintis broker Forex dan CFD dalam arena dagangan.” Pada tahun 2019, broker ini telah dinobatkan sebagai Broker Forex Terbaik oleh DayTrading.com dan Broker CFD Paling Inovatif di UK oleh International Business Magazine.

Selain itu, DailyForex.com telah menganugerahkan gelaran Broker Paling Dipercayai kepada AvaTrade sebanyak tiga kali: iaitu pada tahun 2009, 2011 dan 2015. Anugerah untuk keselamatan dan kebolehpercayaan turut diterima daripada DailyForex.com dan Money Summit. Dari segi kualiti, AvaTrade telah memenangi Anugerah Kecemerlangan daripada IBTimes pada tahun 2010, 2014 dan 2016, serta Broker Pelaksanaan Forex Terbaik untuk Timur Tengah pada tahun 2010, 2014 dan 2016.

FXEmpire memberikan anugerah Program Afiliasi Terbaik kepada AvaTrade pada tahun 2010, 2014 dan 2016. AvaTrade turut memenangi anugerah Bitcoin sebagai Penyedia Dagangan CFD Bitcoin terbaik tahunan pada tahun 2012 dan 2015.