Skip to content

IG

Analyst Team trader
Updated 31 Ogo 2023

Buka Akaun Demo Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
ig review

IG adalah sebuah firma pembrokeran yang membenarkan para pelanggannya untuk berdagang pelbagai pasaran kewangan menggunakan leveraj menerusi CFD dan taruhan spread. Tawaran produknya meliputi pelbagai kelas aset, termasuklah komoditi, saham, forex dan indeks.

Selain itu, IG menawarkan pilihan pelaburan yang lebih tradisional, seperti ETF dan syer. Broker ini juga menawarkan portfolio harta yang terurus.

IG adalah singkatan bagi IG Markets Ltd., yang telah beroperasi sejak tahun 1974. Mereka yang menyemak tentang IG pasti akan menemui pelbagai anugerah yang telah diperoleh broker ini. Syarikat ini kini mempunyai 15 buah pejabat jualan merentas lima benua, dan perkara ini telah menarik minat para pelanggan dari seluruh dunia. Traders yang menggunakan IG mempunyai akses ke lebih daripada 16,000 pasaran selain daripada berbilang platform dan bahan pendidikan.

Broker Overview

IG Lower trading fees

Penilaian Traders
sila lihat Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
😁 Kami amat menyukai…
  • Menawarkan taruhan spread sebagai pilihan cukai berkesan
  • Mempunyai pelbagai platform dagangan.
  • Pengalaman melebihi 45 tahun.
😕 Boleh diperbaiki…
  • Yuran dagangan adalah lebih tinggi berbanding beberapa pesaing lain

Apakah yang boleh anda dagangkan?

Ulasan Forex IG

Penilaian Traders
Buka Akaun Demo Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
Deposit Min Sokongan Apl Yuran
£250 Sederhana Mid

Traders perlu tahu bahawa broker ini menawarkan akses ke lebih daripada 80 pasangan forex, termasuk, utama, minor dan eksotik. Dagangan aset-aset ini tersedia menerusi plebagai platform, termasuk MetaTrader 4.

Bergantung pada lokasi, dagangan Forex boleh dibuat menerusi CFD, DMA (Forex Langsung) atau taruhan spread. Hanya pelanggan profesional yang boleh mengakses dagangan DMA forex. Tiada komisen untuk dagangan forex menerusi taruhan sread atau CFD FX, tetapi IG memiliki komisen yang berbeza untuk dagangan DMA.

Untuk EUR/USD, pelanggan runcit boleh memilliki leveraj sehingga 1:30, manakala pelanggan profesional boleh memilliki leveraj sehingga 1:222. Pasangan yang sama ini mempunyai spread minimum sebanyak 0.6 dengan purata spread sebanyak 0.70.

Ulasan CFD IG

Penilaian Traders
Buka Akaun Demo Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
Deposit Min Sokongan Apl Yuran
£250 Sederhana Mid

Kebanyakan aset yang boleh didagangkan menerusi broker ini adalah dalam bentuk CFD. Ini termasuklah indeks, forex, saham, komoditi, mata wang kripto, opsyen, Digital 100, kadar faedah, sektor, ETF dan bon.

Dalam kebanyakan kes, dagangan CFD menerusi IG tidak memerlukan komisen. Sebaliknya, broker ini menjana keuntungan menerusi spread. Sambil anda menyemak tawaran CFD IG, anda akan mendapati bahawa terdapat perlindungan baki negatif dan tiada duti setem. Anda juga boleh mengimbangkan kerugian daripada keuntungan anda menerusi potongan cukai.

Ulasan Saham IG

Penilaian Traders
Buka Akaun Demo Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
Deposit Min Sokongan Apl Yuran
£250 Sederhana Mid

Ulasan IG tidak akan lengkap tanpa menyebut tentang tawaran sahamnya. Broker ini menawarkan kebolehan untuk menggunakan perkhidmatan urus niaga untuk membeli dan menjual syer secara langsung atau untuk mendagangkannya menerusi CFD.

Terdapat lebih daripada 12,000 syer antarabangsa yang tersedia untuk didagangkan menerusi taruhan spread atau CFD di UK. Satu aspek IG yang menyerlah dalam topik ini adalah ia turut menawarkan kaedah berurus niaga saham yang tradisional, tawaran yang luar biasa dalam kalangan broker CFD. Komisen pada saham UK bermula pada £5. Terdapat juga kebolehan untuk membuka saham dan syer ISA, satu bonus yang kukuh daripada broker jenis ini.

Ulasan ETF IG

Penilaian Traders
Buka Akaun Demo Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
Deposit Min Sokongan Apl Yuran
£250 2000 Mid

Selain daripada saham, anda juga akan menemui ETF apabila anda menyemak IG. ETF ini boleh didagangkan dengan kaedah tradisional menerusi perkhidmatan urus niaga atau dalam bentuk CFD.

Untuk mereka yang menetap di UK dan mahu mempelbagaikan pelaburan mereka dengan mudah, ulasan IG kami mencadangkan Porfolio Pintar IG sebagai pilihan anda. Portfolio ini dibina, dipantau dan diuruskan oleh IG dan menampilkan portfolio ETF yang pelbagai yang disuaikan untuk profil risiko dan matlamat anda.

Ulasan Mata Wang Kripto IG

Penilaian Traders
Buka Akaun Demo Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$250 Regular 1:10 Mid

Menggunakan taruhan spread atau CFD membenarkan pedagang untuk menjana keuntungan daripada mata wang kripto tanpa memiliki mata wang digital.

Bergantung pada lokasi anda, anda boleh berdagang mata wang kripto menerusi taruhan spread. Terdapat pilihan untuk berdagang Bitcoin, Ethereum, Litecoin, Ripple, Bitcoin Cash, Stellar, EOS, dan NEO. Satu perkara unik yang dihargai oleh pasukan kami adalah indeks Crypto 10, yang membenarkan anda meluaskan pendedahan anda dengan satu dagangan.

Ulasan Taruhan Spread IG

Penilaian Traders
Buka Akaun Taruhan Spread Spread taruhan dan CFD adalah instrumen yang kompleks dan datang dengan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat disebabkan oleh leverage. 76% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila berdagang menyebarkan pertaruhan dan CFD dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami cara pertaruhan spread dan CFD berfungsi, dan sama ada anda mampu untuk mengambil risiko tinggi kehilangan wang anda.
Deposit Min Sokongan Apl Yuran
£250 Sederhana Mid

Taruhan spread tidak ditawarkan dalam kebanyakan pasaran global, termasuk oleh IG.

Dengan menyemak IG UK, anda akan mendapati bahawa anda boleh terlibat dalam taruhan spread dengan broker ini sekiranya anda menetap di United Kingdom. Malah, hampir setiap aset tunggal yang ditawarkan untuk didagangkan oleh IG tersedia sebagai taruhan spread berbanding CFD. Ini termasuklah akses ke taruhan spread indeks, forex, komoditi, syer, mata wang kripto, ETF, bon, kadar faedah, sektor, opsyen, dan digital 100.

Apakah pendapat Traders kami selepas menyemak kriteria utama?

Yuran IG

Penilaian Traders

Traders kami yang menyemak IG mendapati bahawa broker ini banyak menjana pendapatan daripada spread, dan fakta ini dinyatakan di laman webnya. IG juga mengenakan beberapa caj lain, tetapi caj ini hanya menyumbang jumlah yang kecil ke atas pendapatannya.

Yuran tambahan yang disebut dalam mana-mana ulasan IG UK perlu menyebut tentang komisen yang disertakan pada CFD saham, penukaran FX, yuran ketidakaktifan dan yuran semalaman. Komisen yang berkaitan dengan urus niaga syer dikenakan pada penjualan atau pembelian ETF atau saham. Bergantung pada aktiviti dagangan, pelanggan juga mungkin perlu membayar yuran jagaan setiap suku tahun.

Sila ambil maklum bahawa IG menawarkan semua harga syernya dalam denominasi setempat anda, iaitu GBP. Menukar ke mata wang asas pilihan anda akan dikenakan caj sebanyak 0.5 bagi setiap sen.

Spread yang digariskan dalam ulasan IG ini adalah sejajar dengan spread daripada broker-broker lain, namun yuran tambahan perlu dipertimbangkan. Sebagai contoh, EUR/USD boleh mempunyai spread daripada hanya 0.6 mata, Emas Lani boleh mempunyai spread serendah 0.3 mata, serta FTSE 100 dan Germany 30 boleh mempunyai spread serendah 1 mata.

Untuk ketelusan, IG mengekalkan senarai cajnya di laman webnya. Halaman ini menunjukkan spread semasa dan komisen bagi setiap aset, dan dibahagikan mengikut kelas aset untuk kemudahan anda.

Jenis Akaun

Penilaian Traders

Semakan IG kami pasti akan menghargai sekiranya broker ini menawarkan lebih banyak jenis akaun. Namun setidaknya, ulasan forex IG akan menunjukkan kepada anda bahawa anda boleh memilih daripada akaun runcit atau profesional, berserta akaun demo yang turut tersedia.

Pelanggan runcit dapat memanfaatkan spread dan margin yang rendah, dagangan hari Sabtu dan Ahad untuk mata wang kripto dan indeks, dan jam untuk saham A.S. yang dilanjutkan.

Pelanggan profesional perlu memenuhi sekurang-kurangnya dua daripada tiga kelayakan berikut: (1) purata sekurang-kurangnya 10 transaksi leveraj bagi saiz setiap suku tahunan dalam empat suku tahunan terdahulu; (2) memiliki lebih daripada €500,000 dalam profil instrumen kewangan, termasuklah deposit tunai; dan/atau (3) memiliki sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman dalam sektor kewangan dalam jawatan profesional yang memerlukan pengetahuan derivatif.

Akaun Profesional menerima keperluan margin yang lebih rendah tetapi tidak mempunyai perlindungan baki negatif yang boleh ditemui pada akaun runcit.

Akaun demo memberikan akss ke £10,000 dalam dana maya kepada para Traders untuk menguji strategi dagangan dan menyemak IG. Akaun demo memberikan akses penuh kepada para Traders, termasuk aplikasi mudah alih percuma dan kandungan Akademi IG.

Platform

Penilaian Traders

IG Mobile

Ulasan IG juga perlu menekankan kepelbagaian tawaran CFD broker ini dari segi platform dagangan, kerana mereka menawarkan platform untuk setiap jenis pelanggan.

Platform  IG Trading dalam talian membenarkan anda berdagang dengan pelayar web anda dan tidak memerlukan sebarang muat turun. Platform yang sarat ciri ini memudahkan anda untuk menyemak tawaran CFD IG, serta untuk aset-aset yang lain. Platform ini menyertakan berbilang rangka masa, penunjuk, lukisan, tetapan pintar, alat pengurusan risiko dan berita terkini menerusi Twitter dan Reuters.

Traders juga boleh menyemak aplikasi telefon pintar dan tablet IG dengan reka bentuk asalnya. Platform mudah alih ini membenarkan anda melihat harga secara langsung tanpa perlu mendaftar masuk dan turut menyertakan penyulitan SSL 256 bit. Mereka turut menawarkan akses ke analisis eksklusif dan data untuk forex, indeks, syer, saham dan banyak lagi.

Mereka yang mencari ulasan forex IG mungkin akan menghargai rangkuman MetaTrader 4, sebuah platform yang dikenali kerana kemudahan untuk berdagang forex dan kelas aset yang lain. MT4 untuk IG menawarkan akses ke ribuan pasaran dan kebolehan untuk berdagang pendek atau panjang dengan CFD atau taruhan spread.

ProRealTime menampilkan dagangan automatik dan merupakan pakej pencartaan berasaskan web. Ia menawarkan lebih daripada 100 penunjuk, kebolehan untuk membina algoritma untuk pelaksanaan 24/7, dan rangka masa tanpa had.

Selain itu, IG menyokong L2 Dealer untuk dagangan Forex Direct dan DMA, termasuk kefungsian seret dan lepas untuk dagangan. Untuk Traders yang lebih cenderung dengan teknologi yang membaca ulasan IG ini, anda juga boleh menyambungkan penyelesaian depan anda sendiri, termasuk IP dan terminal ke API IG.

Kebolehgunaan

Penilaian Traders

Semakan IG kami mendapati bahawa laman web broker ini adalah intuitif untuk digunakan dengan bentuk yang profesional. Menu navigasi utama menampilkan berbilang menu ke bawah untuk memudahkan anda mencari tawarannya. Bagi mereka yang ingin menyemak mata wang kripto, forex atau tawaran lain IG, anda boleh menemui maklumat tentang aset-aset ini dengan mudah. Semakan kami juga menghargai akses mudah ke pelaburan, Akademi Latihan dan bar carian. Bar navigasi bahagian bawah juga berguna, walaupun ia tidak begitu meluas.

Sokongan Pelanggan

Penilaian Traders

IG Review

Sambil kami mengkaji halaman sokongan untuk ulasan IG kami, kami menghargai seksyen FAQ yang luas, terutamanya pembahagian mengikut kategori, seperti “Carta” dan “Akaun dan Penyata.” Carian terkenal yang disenaraikan di bahagian atas halaman dan bar carian juga menambah sentuhan yang amat berguna pada laman web ini.

Traders boleh mengubungi IG menerusi sembang langsung, e-mel atau nombor telefon 24/5. Terdapat juga pilihan untuk mengisi borang hubungan.

Satu unsur yang sangat menarik pada sokongan IG adalah aspek komuniti. IG menggalakkan penggunanya untuk mendapatkan bantuan daripada pengguna lain di dalam komuniti. Ini merupakan ciri yang membolehkan Traders dapat berinteraksi antara satu sama lain.

Kaedah Bayaran

Penilaian Traders

Mana-mana ulasan IG akan menyertakan berbilang kaedah pendanaan akaun dagangan.

Bayaran Kad

Bayaran kad adalah kaedah terpantas untuk mendanakan akaun, termasuk kredit atau debit. Kaedah ini membawa deposit segera. IG tidak memerlukan pengguna untuk mendaftar kad mereka untuk sebelum membuat deposit. Anda boleh menyertakan sehingga lima kad pada satu akaun dalam masa yang sama.

Pindahan Kawat Bank

Pindahan bank juga turut tersedia. Ia mengambil masa selama tiga hari untuk diproses, tetapi anda boleh mempercepat proses ini dengan memuat naik bukti bayaran.

E-Dompet

IG menyokong pendanaan menerusi PayPal. Deposit pertama melalui kaedah ini akan memautkan PayPal anda ke akaun IG anda. Anda perlu menghubungi meja bantuan untuk menukar akaun ini.

Tawaran Terbaik

Penilaian Traders

Semakan IG kami mendapati bahawa Akademi IG merupakan tawaran yang terbaik daripada broker ini. Ia merangkumi webinar, seminar dan kursus dalam talian percuma untuk semua tahap kemahiran. Broker ini juga mempunyai seksyen Belajar untuk Berdagang (Learn to Trade) dalam laman webnya dengan sumber-sumber tambahan.

Traders boleh membaca analisis dan berita, memabca tentang peristiwa kewangan pada kalendar ekonomi, meneroka strategi dan teknik dagangan pakar, dan banyak lagi. Terdapat juga seksyen berkenaan pengurusan risiko dan glosari.

Peraturan & Perlindungan Deposit

Penilaian Traders

Lembaga Kawalan Kewangan memberi kuasa dan mengawal selia IG di bawah nama IG Markets Ltd dan IG Index Ltd. Oleh itu, Traders boleh menjangkakan semakan IG mereka memaparkan dana berasingan dan perlindungan deposit sehingga £85,000.

Anugerah

Penilaian Traders

Selain daripada ulasan IG yang kukuh, broker ini turut menerima pelbagai pengiktirafan dariapda organisasi bebas yang menonjolkan kebolehannya.Di ADVFN International Financial Awards pada tahun 2019, broker ini memperoleh gelaran “Taruhan Spread dan Alat Pendidikan CFD Terbaik,” “Penyedia Berbilang Platform Terbaik,” dan “Apl Kewangan Terbaik.”

Di Online Personal Wealth Awards pada tahun 2019, broker ini telah diiktiraf dengan “Penyedia CFD Terbaik” dan “Penyedia Saham dan Syer Terbaik”. Di Annual Review oleh ForexBrokers.com pada tahun 2019, IG memperoleh gelaran “Broker Keseluruhan #1.” Serta pada tahun 2019, ia telah dinobatkan sebagai pemenang “Dagangan Forex Terbaik” pada  Investopedia Online Brokers Awards.