Skip to content

FBS

Analyst Team trader
Updated 24 Okt 2023

Buka Akaun Demo
FBS asktraders review 2023

FBS adalah sebuah broker antarabangsa yang mempunyai kehadiran di lebih daripada 150 negara serta mempunyai 23 juta pedagang dan 410 ribu rakan kongsi. FBS bermula operasi sejak tahun 2009 dan telah menerima lebih 70 anugerah daripada organisasi berprestij.

FBS menawarkan dagangan tanpa komisen dalam pelbagai instrumen dagangan merangkumi forex, logam, indeks, tenaga, saham dan kripto. Pertumbuhan pesat FBS disebabkan oleh kepuasan pedagang dengan perkhidmatannya serta ulasan pelanggan yang cemerlang yang telah membantu FBS memperoleh kepercayaan dan sokongan pedagang-pedagang dari seluruh dunia. FBS juga telah memberikan pengalaman terbaik kepada pedagang melalui penganjuran seminar dan acara istimewa di mana FBS menyediakan bahan latihan tentang teknologi dagangan termaju dan strategi terkini pasaran forex. Anda juga boleh menyertai acara-acara ini yang dianjurkan secara percuma.

Anda boleh memilih tiga jenis akaun di FBS (Standard, Cent dan Pro) dan memulakan perjalanan perdagangan anda melalui platform dagangan MetaTrader 4, MetaTrader 5 atau platform proprietari FBS Trader. FBS juga menyediakan aplikasi Android dan iOS untuk dagangan mudah alih.

FBS MY Broker Review

Antara anugerah yang diterima oleh FBS termasuk ‘Platform Dagangan Paling Inovatif Asia 2022’, ‘Broker Forex Terbaik Thailand 2022’ dan ‘Broker Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Global 2022’.

Broker Overview

FBS Lower trading fees

Penilaian Traders
sila lihat
😁 Kami amat menyukai…
  • Leveraj dagangan yang tinggi
  • Menawarkan komisen sifar
  • Menawarkan pelbagai platform dagangan termasuk MT4, MT5 dan FBS Trader
  • Menerima lebih daripada 70 anugerah industri forex
  • Perlindungan baki negatif
😕 Boleh diperbaiki…
  • Tiada ciri dagangan sosial
  • Bilangan CFD yang boleh didagangkan terhad
Website FBS
Founded 2009
Minimum deposit USD 5
Account types Standard, Cent, Pro
You can trade Forex , CFDs , Saham , Kripto

Forex

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$5 Baik 1:3000 Low

FBS menawarkan 36 pasangan forex dengan leveraj maksimum sehingga 1:3000 bergantung kepada jenis akaun. Pasangan forex yang boleh didagangkan termasuk EURUSD, GBPUSD, USDJPY, USDCHF, USDCAD, AUDUSD, NZDUSD, USDCHF dan lain-lain. Spread yang ditawarkan oleh FBS sangat ketat dan paling rendah untuk pasangan EURUSD, iaitu 0.7 pip untuk akaun Standard.

Anda boleh berdagang pasangan forex dengan yakin di platform MT4, MT5 dan FBS Trader dengan tiada yuran untuk berdagang.

CFDs

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$5 Baik 1:3000 Low

FBS menawarkan pelbagai aset CFD untuk didagangkan merangkumi aset dalam forex, saham, logam, tenaga, indeks dan kripto. FBS menawarkan dagangan dalam 36 pasangan forex, 8 logam (paladium, platinum, perak, emas), 3 tenaga (gas asli Amerika Syarikat, minyak mentah Brent dan minyak mentah West Texas Intermediate), 11 indeks (Australia200, DE30, Spain35, Eurostoxx50, CAC40, Hang Seng, Nikkei 225, FTSE100, NASDAQ100, Dow Jones, S&P 500), 127 saham dan 5 pasangan kripto.

Secara amnya, FBS menawarkan leveraj maksimum sehingga 1:3000 untuk akaun Standard, 1:1000 untuk akaun Cent dan 1:2000 untuk akaun Pro kecuali indeks 1:200, saham 1:100, kripto 1:5, XAUUSD 1:333, XAGUSD 1:333, paladium 1:100 dan platinum 1:100.

Saham

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$5 Baik 1:100 Low

FBS menawarkan 127 saham CFD yang pada dasarnya mewakili harga saham syarikat-syarikat terbesar di seluruh dunia. Syarikat-syarikat ini termasuk Apple, Amazon, Alibaba, Broadcom, Microsoft, Google, Oracle, SAP, Netflix, Pfizer, Prudential dan lain-lain.
Anda boleh berdagang saham CFD dengan leveraj maksimum 1:100 dan tanpa komisen hanya di platform MT5.

Kripto

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$5 Regular 1:5 Low

FBS menawarkan 5 mata wang kripto untuk dagangan 24 jam dan 7 hari seminggu dengan leveraj maksimum 1:5. Mata wang kripto yang boleh didagangkan di platform MT4, MT5 dan FBS Trader adalah Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin dan Ripple.

APAKAH PENDAPAT TRADER KAMI SELEPAS MENYEMAK KRITERIA UTAMA?

YURAN FBS

Penilaian Traders

FBS tidak mengenakan sebarang komisen perdagangan untuk membuat urusniaga. Anda juga tidak perlu membayar yuran deposit atau komisen untuk sebarang deposit ke dalam akaun dagangan anda.

JENIS AKAUN

Penilaian Traders

FBS menawarkan tiga jenis akaun dagangan iaitu Standard, Cent dan Pro.

Akaun Standard adalah pilihan ideal untuk pedagang semua tahap dan kemahiran dari pedagang pemula sehingga pedagang pakar. Standard menawarkan leveraj sehingga 1:3000, spread dari 0.7 pip, deposit minimum USD 5 serta dagangan dalam 36 pasangan forex, 8 logam, 3 tenaga, 11 indeks, 127 saham dan 5 pasangan kripto. Platform perdagangan yang boleh digunakan adalah MT4, MT5 dan FBS Trader. Posisi aktif dan pesanan tertunda maksimum adalah 500.

Akaun Cent merupakan akaun rendah risiko untuk berdagang dengan amaun yang kecil atau menguji strategi dan sesuai untuk pedagang pemula dan pertengahan. Cent menawarkan leveraj sehingga 1:1000, spread dari 0.7 pip, deposit minimum USD 5 serta dagangan dalam 36 pasangan forex, 8 logam, 3 tenaga, 11 indeks, 127 saham dan 5 pasangan kripto. Platform perdagangan yang boleh digunakan adalah MT4 dan MT5. Posisi aktif dan pesanan tertunda maksimum adalah 500.

Akaun Pro merupakan akaun muktamad untuk pesanan besar dan perdagangan algoritma. Pro menawarkan leveraj sehingga 1:2000, spread dari 0.5 pip, deposit minimum USD 200 serta dagangan dalam 36 pasangan forex, 8 logam, 3 tenaga, 11 indeks, 127 saham dan 5 pasangan kripto. Platform perdagangan yang boleh digunakan adalah MT4 dan MT5. Pro juga tidak mempunyai had untuk posisi aktif dan pesanan tertunda.

Anda boleh membuka akaun broker FBS di laman webnya dengan menekan butang Buka Akaun di sudut kanan atas. Anda akan menemui borang pendaftaran. Isi butiran e-mel dan nama anda, kemudian tekan butang Daftar Sebagai Pedagang untuk menyelesaikan pendaftaran. Anda juga boleh mendaftar melalui pilihan-pilihan lain, iaitu akaun Facebook, Apple atau Google.

Di samping itu, FBS juga menyediakan akaun bebas swap khas untuk para pedagang Muslim yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

PLATFORM

Penilaian Traders

FBS menawarkan beberapa platform dagangan termasuk platform proprietarinya FBS Trader dan juga platform MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5).

FBS Trader merupakan platform perdagangan proprietari FBS yang berkuasa tinggi dalam format mudah alih. Aplikasi FBS Trader disediakan untuk sistem operasi Android dan iOS. Para pedagang yang menggunakan FBS Trader akan menikmati pulangan tunai sehingga 20% dari spread untuk setiap urusniaga. FBS Trader juga menawarkan khidmat pelanggan pelbagai bahasa secara 24/7.

FBS menawarkan MetaTrader 4 untuk sistem operasi Windows dan Mac serta Android dan iOS bagi platform mudah alih. Ciri-ciri utama MT4 adalah termasuk penyulitan transaksi data di antara terminal pelanggan dan pelayan platform, kemungkinan untuk membuat, membeli dan menggunakan Expert Advisors (EA) dan skrip, 50 alatan indikator dan carta terbina, 4 jenis pesanan tertangguh dan sokongan perkhidmatan VPS.

FBS Platform MY

MetaTrader 5 menampilkan semua ciri-ciri MT4 serta menawarkan pilihan perkakas analisis yang lebih meluas, menyokong perdagangan saham dan komoditi serta rangka masa tambahan. Ciri-ciri utama MT5 termasuk keupayaan untuk menambah fungsi dengan mencipta indikator teknikal, robot perdagangan dan aplikasi utiliti, 90 alatan indikator dan carta terbina, 6 jenis pesanan tertangguh, kalendar ekonomi, 21 rangka masa dan sokongan perkhidmatan VPS.

KEBOLEHGUNAAN

Penilaian Traders

FBS menawarkan laman web yang senang digunakan dan intuitif untuk pedagang semua tahap. Anda boleh mencari maklumat tentang FBS dengan mudah melalui menu navigasi utama termasuk jenis akaun, instrumen perdagangan, platform perdagangan, syarat perdagangan, promosi dan analisis dan pendidikan. Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah, anda boleh mendapat bantuan daripada pasukan sokongan pelanggan melalui ikon bantuan yang boleh didapati di bahagian bawah kanan setiap halaman web FBS. Selain itu, FBS juga menyediakan platform MT4, MT5 dan FBS Trader untuk digunakan pada pelbagai versi peranti termasuk laman web, Android, iOS, Windows dan Mac.

SOKONGAN PELANGGAN

Penilaian Traders

FBS menawarkan sokongan pelanggan melalui perkhidmatan sembang langsung dan maklum balas dalam 18 bahasa untuk membantu para pedagang yang menghadapi apa-apa masalah semasa menggunakan platform FBS. Oleh itu, anda boleh berdagang dengan yakin di FBS. Sekiranya anda ingin bercakap dengan pasukan sokongan pelanggan, anda boleh mengisi nombor telefon, e-mel dan komen dan seorang agen khidmat pelanggan adakan menghubungi anda untuk menjawab pertanyaan-pertanyaan anda.

KAEDAH BAYARAN

Penilaian Traders

FBS menawarkan pelbagai kaedah deposit dan pengeluaran termasuk pindahan telegrafik bank, Visa, Mastercard, Neteller, Skrill, Maestro, Sticpay,  Perfect Money, USDT, Litecoin, Bitcoin, Bitcoin Cash dan Ethereum. Deposit minima secara amnya adalah USD 5 namun adalah berbeza untuk kaedah yang berbeza. Deposit minimum dengan Neteller ialah USD 10, melalui Skrill ialah USD 12, melalui Perfect Money ialah USD 5, melalui Ethereum ialah 0.01 ETH, melalui Tether ialah 10 USDT, melalui Litecoin ialah 0.2 LTC dan melalui Bitcoin Cash ialah 0.05 BCH. FBS tidak mengenakan sebarang komisen untuk sebarang deposit ke dalam akaun-akaun perdagangan.

Permintaan deposit melalui sistem pembayaran elektronik akan diproses dengan serta-merta manakala permintaan deposit melalui sistem pembayaran lain akan diproses dalam masa 1-2 jam. Tempoh masa maksimum pemprosesan permohonan deposit atau pengeluaran menerusi sistem pembayaran elektronik adalah 48 jam. Pindahan telegrafik bank akan mengambil masa maksimum 5-7 hari bekerja bank untuk diproses.

Anda boleh membiayai akaun anda di Laman Peribadi anda melalui bahagian “Operasi Kewangan” dan pilih salah satu kaedah pembayaran. Pengeluaran dana dari akaun perdagangan boleh dilakukan di Laman Peribadi anda melalui sistem pembayaran yang sama yang digunakan untuk deposit. Sekiranya anda membiayai akaun dengan menggunakan lebih daripada satu kaedah, pengeluaran akan dilakukan menggunakan kaedah-kaedah yang sama dengan kadar nisbah yang sepadan dengan amaun deposit.

TAWARAN TERBAIK

Penilaian Traders

FBS menawarkan 100% bonus bagi setiap deposit. Anda boleh mendapatkan Deposit Bonus 100% secara automatik dengan membuat permintaan di Laman Peribadi anda melalui tab “Promosi” dan memilih “Bonus Deposit 100%”. Anda boleh mengaktifkan bonus dalam masa 30 hari daripada deposit anda. Namun, akaun Pro tidak layak untuk menyertai promosi 100% bonus bagi setiap deposit.

Selepas anda mengaktifkan bonus, leveraj akaun anda dikurangkan kepada 1:500. Selain itu, anda perlu memastikan bahawa nilai ekuiti anda tidak jatuh di bawah 30% daripada jumlah bonus kerana bonus akan dibatalkan secara automatik jika tidak. Sebaik sahaja jumlah lot yang diperlukan didagangkan, anda boleh memohon untuk mengeluarkan dana bonus di Laman Peribadi.

FBS Bonus MY

FBS juga menyediakan pelbagai alatan analisis dan pendidikan forex secara percuma kepada ramai pedagang untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Anda boleh membaca berita dan analisis pasaran harian mengenai forex, saham, tenaga, kripto dan logam, mengetahui peristiwa kewangan pada kalendar ekonomi, dan banyak lagi. FBS juga menyediakan kalkulator forex dan kalkulator kurupan matawang untuk memudahkan anda menganggarkan keuntungan anda dan menguruskan risiko dengan pantas sebelum membuka posisi perdagangan.

Jika anda ingin meningkatkan pengetahuan perdagangan anda, FBS telah menyediakan pelbagai jenis maklumat dan tip untuk pedagang baru dan pakar melalui buku panduan forex, webinar, seminar dan video latihan di saluran YouTube. Video latihan merangkumi cara-cara pendaftaran, cara-cara membuka atau menutup pesanan, cara-cara untuk deposit dan pengeluaran dana, cara-cara menggunakan carta dan indikator di platform MetaTrader dan lain-lain. Anda juga boleh memilih untuk bermula perjalanan perdagangan anda dengan membuka akaun demo percuma untuk menguji semua ciri yang tersedia di platform FBS.

PERATURAN DAN PERLINDUNGAN DEPOSIT

Penilaian Traders

FBS Markets Inc dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan (Belize) di bawah nombor lesen IFSC/000102/460 dan diperbadankan di Belize dengan No. Sijil Perbadanan 000001317. Selaras dengan undang-undang, FBS telah menetapkan dasar dan prosedur untuk mencegah aktiviti pengubahan wang haram yang bertujuan untuk mematuhi prinsip mengenali pelanggan anda, memantau aktiviti klien serta menyimpan rekod yang sesuai. FBS boleh menawarkan perkhidmatan kewangannya di lebih 150 buah negara kecuali bidang kuasa tertentu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Amerika Syarikat, negara EU, United Kingdom, Israel, Iran dan Myanmar.

FBS menawarkan perlindungan baki negatif kepada anda. Ini bermakna jika baki negatif dipaparkan selepas menutup semua pesanan anda, FBS akan serta-merta menambah jumlah yang diperlukan untuk memulihkan baki akaun kepada 0.

ANUGERAH

Penilaian Traders

FBS telah menerima lebih daripada 70 anugerah industri forex di seluruh dunia sejak penubuhannya. Anugerah-anugerah yang diterima oleh FBS termasuk:

  • Broker Forex Terbaik Thailand 2022
  • Broker Forex Terbaik Thailand 2021
  • Broker Dagangan Terbaik Asia Tenggara 2021
  • Broker Forex Terbaik Asia 2020
  • Broker Forex Terbaik LatAm 2020
  • Broker Forex Terbaik 2020
  • Broker Forex Paling Dipercayai MENA 2020
  • Broker Forex Paling Dipercayai LatAm 2020
  • Broker Forex Paling Dipercayai Asia 2020
  • Platform Dagangan Paling Inovatif Asia 2022
  • Platform Dagangan Terbaik Asia 2021
  • Platform Dagangan Mudah Alih Terbaik – Asia 2021
  • Broker Dagangan Terbaik – Asia Tenggara 2021
  • Platform Dagangan Mudah Alih Terbaik Asia 2020
  • Platform Dagangan Mudah Alih Terbaik 2020
  • Program IB Terbaik Asia 2022
  • Broker Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Global 2022

SOALAN LAZIM

Adakah FBS menawarkan Akaun Demo?

FBS menawarkan akaun demo secara percuma untuk membolehkan anda menguji pelaburan dengan wang maya dengan menggunakan data pasaran yang sebenar. Harga pasaran, saiz spread dan had leveraj untuk akaun demo adalah sama dengan akaun sebenar. Selain itu, anda juga boleh menyemak ciri-ciri FBS di akaun demo serta menguji strategi dagangan tanpa sebarang risiko.

Akaun demo merupakan cara yang baik untuk anda belajar berdagang. Untuk membuka akaun demo, anda perlu masuk ke Laman Peribadi anda dan tekan butang +Buka Akaun. Klik Demo pada halaman seterusnya dan pilih jenis akaun demo yang anda ingin buka.

Apakah perbezaan platform MetaTrader 4 (MT4) dan MetaTrader 5 (MT5)?

Walaupun ramai orang berpendapat bahawa MetaTrader5 merupakan versi MetaTrader4 yang telah dinaik taraf, kedua-dua platform ini berbeza dan lebih sesuai untuk tujuan tertentu.

Secara amnya, platform dagangan MT4 mempunyai antara muka dagangan yang ringkas dan mudah difahami dan kebanyakannya digunakan untuk dagangan forex manakala platform dagangan MT5 mempunyai antara muka yang sedikit berbeza dan memberikan kebolehan untuk berdagang saham, tenaga, indeks dan niaga hadapan.

Jika dibandingkan dengan MT4, MT5 mempunyai sejarah tanda dan carta yang lebih mendalam, kalendar ekonomi terbina, kebolehan untuk menggunakan Python untuk analisis, simbol tersuai untuk analisis, lebih rangka masa dan lebih jenis pesanan tertangguh. MT5 juga memudahkan para pedagang untuk melakukan deposit serta pengeluaran tanpa meninggalkan platform dengan keupayaan log masuk ke Laman Peribadi. 

Jika anda adalah pedagang baru, anda boleh bermula dengan platform dagangan MT4 disebabkan oleh keringkasan antara mukanya. Jika anda seorang peniaga yang berpengalaman dan memerlukan lebih banyak ciri-ciri untuk analisis dan berdagang, platform MT5 merupakan yang paling sesuai untuk anda.

Adakah FBS mempunyai program kesetiaan?

Program kesetiaan FBS adalah sebuah kelab eksklusif di mana pengabdian anda kepada FBS akan dihadiahkan dengan hadiah sebenar. Anda hanya perlu mendaftar dalam program kesetiaan dan anda akan menerima mata status dan mata hadiah apabila berdagang di platform FBS. Mata status menentukan status kesetiaan anda manakala mata hadiah bertujuan untuk ditukar dengan hadiah.

Semakin tinggi status anda, semakin tinggi ganjaran anda. Terdapat empat status iaitu hijau, perak, emas dan platinum. Hadiah-hadiah yang boleh ditukar termasuk telefon pintar, komputer riba, sesi bimbingan swasta, koleksi cenderahati FBS, proses deposit dan pengeluaran keutamaan tinggi, pengurus peribadi dan lain-lain.

Berapakah bilangan akaun yang boleh anda buka?

Anda boleh membuka sehingga 10 akaun dagangan bagi setiap jenis akaun di dalam satu Laman Peribadi jika dua syarat dipenuhi. Syarat pertama adalah Laman Peribadi anda sudah disahkan dan syarat kedua adalah anda telah mendeposit sejumlah $100 atau lebih ke dalam akaun-akaun anda. Jika tidak, anda hanya boleh membuka satu akaun sahaja daripada setiap jenis – Standard, Cent dan Pro. Namun, anda hanya boleh membuka maksimum 3 akaun Pro.

Berapakah banyak dana yang saya perlukan untuk memulakan dagangan atau membuka pesanan di FBS?

Anda boleh menggunakan kalkulator pedagang yang boleh didapati di laman web FBS untuk mengetahui sebanyak mana dana yang anda perlukan untuk membuka satu pesanan. Di kalkulator pedagang, pilih jenis akaun, instrumen dagangan, saiz lot, mata wang akaun dan leveraj anda. Klik pad butang Kira dan anda akan melihat margin dan dana yang diperlukan untuk membuka pesanan tersebut.