Skip to content

Tutorial Dagangan Momentum‌

Richard Cox trader
Updated 5 Jun 2020

Dagangan momentum merupakan pendekatan strategi pasaran kewangan yang mampu memanfaatkan jumlah kadar pergerakan yang wujud dalam harga asas sekuriti. Pada dasarnya, momentum adalah kelajuan di mana nilai pasaran berubah dalam harga aset yang diterima. Menggunakan analisis carta teknikal, ukuran momentum harga boleh dicapai menggunakan pengayun dan purata pergerakan. Sebaik sahaja semua teknik analisis yang betul selesai dilaksanakan, Traders momentum boleh menggunakan data tersedia untuk menstruktur kedudukan dalam cara yang konsisten, berulang dan mampu menjana keuntungan jangka panjang pada masa hadapan.


Buka Akaun Demo
Trading

Pertama sekali, Traders perlu memahami maksud sebenar perkataan “momentum” dalam istilah praktikal. Untuk tujuan ini, definisi yang mudah bagi konsep ini boleh ditafsirkan seperti berikut:

Momentum = Kekuatan Trend Asas

Mari pertimbangkan aktiviti harga pasaran yang boleh dilihat dalam tiga contoh berbeza:

Dalam contoh pertama, kita dapat lihat pasaran menunjukkan momentum harga positif. Dalam kes ini, aset dipegang secara konsisten di atas 200 tempoh purata pergerakan eksponen (EMA) sementara arah trendnya terus bergerak lebih tinggi.

Dalam contoh kedua, kita dapat lihat pasaran menunjukkan momentum negatif. Dalam kes ini, aset dipegang secara konsisten di bawah tempoh 200 EMA sementara arah trend yang lebih luas terus bergerak lebih rendah.

Dalam contoh ketiga, kita dapat lihat pasaran tanpa momentum berarah yang jelas. Dalam kes ini, harga aset berayun secara konsisten di sekitar (atas dan bawah) 200 tempoh EMA. Pada dasarnya, harga didagangkan dalam corak tidak menentu (sambil bergerak secara mendatar) dan boleh dikatakan bahawa tiada momentum trend yang ketara yang menetapkan nilai aset.

MOMENTUM MUTLAK LWN. MOMENTUM RELATIF

Bacaan momentum boleh dikelaskan kepada dua kategori: Momentum mutlak dan momentum relatif.

  • Momentummutlaktingkah laku pasaran dalam harga aset adalah berdasarkan pada hubungannya dengan prestasi terdahulu menggunakan jujukan masa bersejarah.
  • Momentumrelatiftingkah laku pasaran dalam harga setiap sekuriti dibandingkan dengan satu sama lain (menunjukkan kekuatan relatif yang membezakan antara aset dengan prestasi yang kukuh serta sekuriti dengan prestasi yang lemah).

UNSUR ASAS DAGANGAN MOMENTUM

Dagangan momentum memerlukan peraturan pengurusan risiko yang ketat yang boleh menangani perubahan dalam kemeruapan pasaran, perangkap harga, dan penyesakan dalam setiap aset. Setiap faktor ini boleh (dan akan) mengurangkan potensi keuntungan Traders sekiranya ia tidak diuruskan dengan berkesan. Malangnya, ramai Traders mengabaikan faktor-faktor asas yang membawa kepada perubahan harga yang berterusan di dalam pasaran. Dalam kebanyakan kes, Traders yang tidak berjaya ini tertipu dengan ketakutan terlepas rali besar yang seterusnya (atau jualan murah pasaran) sementara komuniti dagangan yang lain berkongsi durian runtuh.

Unsur-unsur asas bagi dagangan momentum boleh dipecahkan dan dibahagikan kepada lima unsur utama:

  • Pemilihan – aset tertentu yang dipilih untuk didagangkan
  • Risiko penggunaan perlindungan henti rugi yang menentukan parameter potensi kerugian
  • Entri –pemasaan yang digunakan semasa membuka dagangan
  • Pengurusan Kedudukan memantau pasaran secara konsisten untuk kebarangkalian perubahan dalam pandangan atau kedudukan posisi
  • Keluar pemasaan yang digunakan semasa menutup dagangan

Strategi momentum boleh dilaksanakan pada rangka masa intrahari (iaitu minit atau jam) tetapi biasanya digunakan sepanjang tempoh masa yang lebih masa (iaitu minggu atau bulan). Langkah pertama dalam proses ini adalah menentukan arah trend dominan pasaran. Dalam tiga contoh carta yang ditunjukkan di atas, penentuan ini dicapai menggunakan lokasi aktiviti harga yang luas berkaitan dengan purata pergerakan 200 tempoh bagi setiap aset. Walau bagaimanapun, ia juga boleh dicapai menggunakan pengayun carta terkenal yang tersedia pada kebanyakan platform dagangan.

PENGAYUN MOMENTUM

Pengayun momentum adalah alat dagangan biasa yang digunakan untuk menentukan kekuatan trend asas dalam harga sesebuah aset. Pengayun-pengayun ini memberikan Traders gambaran visual objektif untuk kelajuan di mana harga aset bergerak dalam arah tertentu. Selain itu, pengayun momentum ini menyediakan Traders dengan maklumat yang lebih baik sama ada trajektori yang dilihat dalam pergerakan trend terkini akan berterusan pada masa hadapan atau tidak.

Pengayun momentum biasanya berfungsi sebagai Kadar Perubahan (ROC) penunjuk harga. Alat pengayun momentum menunjukkan halaju trend bagi sesebuah aset apabila pergerakan harga mencecah tahap maksimum (dan kemuncak) sebelum menjadi perlahan dan berpatah balik. Istilah dagangan biasa dalam situasi-situasi ini termasuklah bacaan “terlebih beli” (overbought) dan “terlebih jual” (oversold), yang merupakan indikasi ekstremiti harga aset.

Apabila terdapat potensi yang berkurang untuk momentum harga yang berterusan di dalam pasaran, gambaran yang menyusut cenderung untuk mematikan semangat pelabur untuk membentuk kedudukan baru. Dalam kebanyakan kes, perkara ini akhirnya akan membawa kepada pembalikan dalam aktiviti trend. Dalam contoh-contoh berikutnya, kita akan melihat beberapa cara Traders teknikal menggunakan alat penunjuk momentum dan bagaimana bacaannya boleh digunakan pada strategi yang berjaya dalam dagangan momentum.

KONSEP DAGANGAN MOMENTUM

Indeks Purata Terarah (ADX) merupakan alat dagangan terkenal yang digunakan untuk menentukan momentum trend sesebuah aset. Bacaan ADX memplotkan kekuatan dalam trend harga berdasarkan pada julat nilai yang turun naik antara 0 dan 100. Tahap ADX bawah 30 menandakan aktiviti mendatar (tiada arah yang jelas dalam tindakan harga). Dalam sesetengah kes, Traders akan merujuk kepada jenis keadaan ini sebagai trend “tak bertakrif”.

Tahap ADX di atas 30 menandakan kekuatan aktiviti trend (tanpa arah tertentu). Dalam kata lain, trend mungkin adalah bulis atau bearis—apa yang kita tahu bacaannya menunjukkan trend asas semakin kukuh. Dalam contoh di bawah, kita dapat lihat tingkah laku metrik ADX apabila momentum trend semakin kukuh dan akhirnya pembalikan berlaku.

Di bahagian kiri carta harga, kita dapat lihat bahawa harga mula bergerak ke atas selepas mencecah ayunan di tahap rendah. Apabila nilai ADX meningkat menghampiri 100, kita dapat lihat bahawa momentum trend asas yang boleh dilihat dalam tindakan harga yang dicartakan juga semakin kukuh. Dalam contoh ini, bacaan ADX meningkat apabila harga aset bergerak di atas 200 tempoh purata pergerakan. Situasi ini pada asasnya memberikan kita dua bukti bebas yang mencadangkan bahawa kekuatan sedang terbentuk dalam trend harga asas dan pertembunan ini membantu mewujudkan hujah yang kukuh untuk memulakan kedudukan panjang. Khususnya, dagangan panjang boleh dibuka apabila bacaan ADX mula meningkat dan tindakan harga berpecah di atas 200 tempoh purata pergerakan.

Walau bagaimanapun, berhampiran pertengahan carta harga ini, momentum trend ADX mula memperlahan. Peristiwa ini sepatutnya bertindak sebagai isyarat amaran untuk Traders dengan kedudukan bulis. Dalam kes ini, bacaan dalam ADX mula jatuh (berserta dengan penilaian pasaran asas) sehingga harga akhirnya jatuh menerusi 200 tempoh purata pergerakan. Apabila perkara ini berlaku, bacaan dalam ADX juga bergerak di bawah tahap 30. Keadaan ini mencadangkan bahawa trend bulis terdahulu tidak lagi berlaku dan momentum umum dalam pasaran telah berkurang. Pada tahap ini, menutup sebarang kedudukan panjang adalah tindakan yang baik kerana tiada trend asas yang boleh meningkatkan kebarangkalian kejayaan dan keuntungan.

Seterusnya, kita akan lihat gambaran visual Indeks Saluran Komoditi (atau CCI). Alat CCi adalah pengayun momentum yang membandingkan “harga bersama” sekuriti dengan potensi kecapahan daripada purata pergerakan ringkas (SMA). Serupa dengan pengayun Stokastik, CCI direka untuk menunjukkan keadaan yang mencadangkan bahawa aset mungkin terlebih jual atau terlebih beli. Bacaan CCI melebihi tahap +100 adalah petunjuk keadaan pasaran terlebih beli manakala bacaan di bawah tahap -100 menandakan keadaan pasaran terlebih jual.

Dalam contoh carta yang ditunjukkan di atas, bacaan bearis dalam CCI mencecah kawasan “terlebih beli” dan harga aset terus bergerak ke hadapan dalam trend menurun baru (yang asalnya diunjurkan oleh pengayun momentum). Aktiviti harga di bawah 200 tempoh purata pergerakan yang digabungkan bersama bacaan bearis dalam pengayun CCI akan memberikan sebab yang mencukupi kepada Traders momentum untuk memulakan kedudukan pendek pada rangka masa terpilih ini.

Indeks Kekuatan Relatif (RSI) mengukur “kekuatan” asas bagi pergerakan harga pasaran semasa berbanding dengan aktiviti yang ditunjukkan dalam tempoh masa terdahulu. Pada asasnya, RSI direka untuk menunjukkan sama ada trend harga semasa adalah lestari (berdasarkan pada prestasi momentum terdahulu). Dalam carta di atas, kita dapat lihat tiga contoh bacaan penunjuk terlebih jual yang berlaku di tengah-tengah trend menaik (menunjukkan momentum harga positif pada masa hadapan).

Disebabkan pergerakan harga dominan ini adalah bulis, pembalikan dalam pengayun momentum RSI mencadangkan tekanan jualan mungkin bakal berakhir. Situasi ini membuka pintu untuk membentuk kedudukan panjang, dan perlindungan henti rugi boleh diletakkan di bawah tahap sokongan (garisan berwarna putih) yang mengiringi setiap isyarat dagangan di bahagian atas dalam RSI. Akhirnya, contoh carta ini menunjukkan tiga kemungkinan kedudukan di mana Traders pasaran sepatutnya mewujudkan kedudukan panjang semasa trend bulis asas masih memperoleh momentum.

Seterusnya, kita akan melihat pada penunjuk Volum Timbul Baki (OBV) yang mengukur volum dagangan bergantung pada harga aset. Prinsip utama di sebalik penunjuk OBV adalah peningkatan yang ketara dalam volum dagangan biasanya melebihi perubahan lebih besar dalam penilaian harga asas pasaran. Sebagai indikasi awal bagi perubahan dalam momentum trend, bacaan Volum Timbul Baki boleh menjadi alat yang berguna semasa menentukan kedudukan dagangan yang berkemungkinan menjana keuntungan.

Dalam carta yang ditunjukkan di atas, kita dapat lihat bahawa bacaan Volum Timbul Baki mulam eningkat sebelum rali yang kukuh yang dimarakkan oleh momentum bulis membawa harga saham lebih tinggi. Traders momentum yang memerhatikan maklumat ini di peringkat awal bole membentuk kedudukan panjang dengan henti rugi yang diletakkan di bawah tahap rendah yang melebihi perubahan dalam volum pasaran.

CONTOH DAGANGAN MASA NYATA: DAGANGAN MOMENTUM

Setelah memahami cara-cara alat teknikal terkenal menghantar isyarat, melihat pada contoh-contoh dagangan masa nyata yang membentuk peraturan asas untuk titik entri dan keluar adalah idea yang baik. Matlamatnya adalah untuk melihat beberapa unsur dalam sejarah carta harga yang membenarkan kita untuk menstruktur dagangan yang menguntungkan. Pertama sekali, kita akan melihat pada dagangan momentum ringkas yang berdasarkan pada aktiviti purata pergerakan eksponen (EMA). Apabila harga minyak mentah jatuh di bawah 200-EMA, dagangan pendek yang boleh dimulakan pada $57.20.

Henti rugi akan diletakkan di atas tahap tinggi terdahulu (boleh dilihat pada $58.60). Sasaran keuntungan untuk kedudukan pendek pada minyak mentah ditetapkan sekurang-kurangnya 3x daripada potensi kerugian dagangan. Setelah pasaran mencapai tahap-tahap ini, tutup kedudukan untuk mengaut keuntungan.

Seterusnya, kita akan melihat pada contoh yang mendasarkan pandangannya pada garis trend carta. Apabila garis trend menaik muncul, Traders pakar akan melihat perubahan dalam momentum pasaran, dan membeli minyak mentah pada harga $56.20.

  • Sasaran Keuntungan ditetapkan pada tahap rintangan terdahulu (pada$57.40)
  • 3x risiko-ganjaran bermakna henti rugi perlu diletakkan pada$55.90

Seperti yang boleh kita lihat pada carta, hasil akhir menunjukkan bahawa momentum perdagangan memperoleh keuntungan apabila harga minyak mentah terus bergerak lebih tinggi dengan garis trend harga. Situasi ini membawa keuntungan untuk dagangan panjang. 

TEKNIK LANJUTAN DAGANGAN MOMENTUM: KECAPAHAN

Satu lagi cara Traders boleh menggunakan alat momentum adalah untuk mengesan kecapahan dalam tindakan harga. Jika trend harga bergerak lebih tinggi, pergerakan serupa juga akan dapat dilihat apabila kita memerhatikan bacaan teknikal objektif. Apabila kedua-dua unsur ini gagal untuk bersetuju antara satu sama lain, isyarat amaran akan diberikan kepada Traders.

Dalam contoh yang ditunjukkan di atas, kita dapat lihat bahawa harga aset berkumpul untuk mencecah rekod tahap tinggi dalam penilaian. Sudah tentu, situasi ini akan menggalakkan perkembangan kepada sesiapa sahaja yang memiliki kedudukan panjang terbuka. Walau bagaimanapun, sebarang kekurangan pengesahan dalam bacaan penunjuk teknikal objektif mencadangkan bahawa trend semasa berkemungkinan terdedah kepada pembalikan. Dalam kes-kes ini, mengumpul keuntungan dan menutup kedudukan untuk mencari peluang baru dalam pasaran adalah tindakan yang baik. Sudah tentu, cara pemikiran ini boleh digunakan dalam kedua-dua trend harga bulis dan bearis.

Kejadian-kejadian ini adalah lebih membimbangkan apabila pengayun momentum mencadangkan unjuran momentum terarah terletak bertentangan dengan trend harga dominan. Pengayun seperti RSI dan CCI boleh menjadi alat yang berguna dalam situasi ini. Dalam contoh yang ditunjukkan di atas, pasaran dilihat berada dalam trend menurun yang jelas. Traders momentum yang tidak berpengalaman mungkin melihat aktiviti harga ini sebagai indikasi yang kukuh untuk membuka kedudukan pendek. Walau bagaimanapun, penunjuk teknikal menunjukkan tanda-tanda bahawa momentum bulis sebenarnya mula terbentuk.

Sambil bacaan RSI meneruskan dalam corak bulis, pasaran mula mencari tahap sokongan sebelum berhimpun lebih tinggi. Traders yang memantau aktiviti harga aset secara berasingan mungkin membuka kedudukan pendek pada tahap yang sangat rendah. Sudah tentu, situasi ini boleh membawa kepada kerugian yang besar dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, Traders pakar yang memerhatikan isyarat dalam momentum trend asas boleh memulakan kedudukan dalam arah bertentangan dan mengumpul keuntungan yang lumayan dalam tempoh dagangna yang berikutnya.

Setelah trend menurun awal telah bermula, Traders momentum beralih ke bacaan penunjuk untuk menilai sama ada trend tersebut akan berterusan atau tidak. Apabila RSI mula meningkat, Traders jangka pendek perlu menutup kedudukan dan mengaut sebarang keuntungan yang tersedia. Bacaan penunjuk bulis menjadikan kedudukan panjang lebih menarik dalam senario ini kerana momentum pasaran telah tercapah daripada tindakan harga yang dicartakan dan mengunjurkan pembalikan yang lebih tinggi. Apabila momentum bahagian bawah mula tidak bergerak, sokongan “triple-bottom” boleh dilihat ketika pasaran masih didagangkan di tahap yang amat murah. Situasi ini memberikan isyarat kepada Traders momentum untuk membuka kedudukan bercanggah dan meletakkan henti rugi betul-betul di bawah zon sokongan “triple-bottom” yang disebut sebelum ini.

Dalam kes ini, sasaran keuntungan perlu diletakkan sekurang-kurangnya 3x daripada jumlah tahap pendedahan risiko yang terkandung dalam dagangan (yang akan memberikan Traders momentum nisbah risiko-ganjaran sebanyak 3:1). Memiliki parameter peraturan dagangan seperti ini membantu memastikan strategi momentum masih boleh menjana keuntungan walaupun separuh daripada kedudukan yang diambil gagal untuk memperoleh keuntungan.

PENDEKATAN DAGANGAN MOMENTUM YANG BERJAYA

Contoh-contoh yang ditunjukkan di atas menggambarkan beberapa teknik yang digunakan apabila pelabur merancang untuk menggunakan strategi momentum dalam pasaran aktif. Setelah epdagang momentum dapat mengenal pasti pencepatan trend dalam harga pasaran aset, mengambil kedudukan pendek atau panjang dengan harapan momentum akan terus bergerak dalam arah yang sama (sama ada ke bawah atau ke atas) adalah tidak mustahil. Memiliki parametera peraturan yang ketat boleh membantu menyingkirkan aspek emosi yang boleh memberi kesan secara negatif kepada psikologi dagangan dan mencipta rangka kerja berulang yang boleh digunakan untuk dagangan masa hadapan.

Apabila pendekatan ini digunakan, Traders momentum boleh mewujudkan kedudukan berdasarkan pada kekuatan asas dagangan momentum di dalam harga pasaran. Seperti biasa, adalah penting untuk memastikan langkah-langkah perlindungan digunakan bagi setiap dagangan dan Traders momentum yang berjaya akan menetapkan henti rugi yang melindungi dagangan daripada pembalikan harga yang tidak dijangka dalam sebarang persekitaran pasaran

RINGKASAN

  • Momentum merujuk kepada kadar pencepatan dalam harga asas sesebuah sekuriti.
  • Bacaan momentum boleh diklasifikasikan kepada dua kategori: momentum mutlak dan momentum relatif.
  • Menggunakan analisis carta teknikal, pengukuran momentum harga boleh dicapai menggunakan pengayun dan purata pergerakan.
  • Pengayun momentum biasanya berfungsi sebagai penunjuk harga Kadar Perubahan (ROC) dan termasuklah alat-alat seperti Indeks Kekuatan Relatif (RSI), Indeks Saluran Komoditi (CCI) dan Volum Timbul Baki (OBV).
  • Traders momentum boleh menggunakan alat-alat ini untuk membentuk kedudukan panjang atau pendek berdasarkan pada kebarangkalian bahawa momentum aset akan terus bergerak dalam arah yang telah terbentuk.
  • Beberapa penunjuk momentum biasa tersedia pada kebanyakan platform dagnagan dan ia boleh membantu Traders membentuk titik entri untuk membeli atau menjual sebarang aset.
  • Penunjuk momentum juga boleh membantu Traders menentukan masa untuk keluar daripada dagangan.
  • Kedudukan panjang perlu ditutup apabila bacaan trend menjadi terlebih beli dan kedudukan pendek perlu ditutup apabila bacaan trend menjadi terlebih jual.
Richard memiliki pengalaman melebihi dua dekad dalam pasaran kewangan dan penulisannya telah diterbitkan dalam CNBC, NASDAQ, Economy Watch, Motley Fool, dan Wired Magazine