Skip to content

Axiory

Analyst Team trader
Updated 16 Mac 2023

Buka Akaun Demo

Axiory Global Ltd ialah broker dalam talian yang ditubuhkan pada tahun 2007 dan beroperasi dari Belize. Axiory dipimpin oleh pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pertukaran mata wang asing. Para pengasas menubuhkannya untuk memberikan pengalaman mesra pelanggan dan perdagangan yang boleh dipercayai. Axiory dikawal selia oleh IFSC dengan beberapa lagi kelebihan untuk keselamatan perdagangan.

Broker Overview

Axiory Lower trading fees

Penilaian Traders
sila lihat
😁 Kami amat menyukai…
  • Menggunakan teknologi kecerdasan buatan ataupun Artificial Intelligence (AI) yang membolehkan proses pendaftaran yang mudah dan pantas. Sistem ini membolehkan anda mula berdagang dalam masa 10 minit sahaja.
  • Spread yang tinggi serta komisen yang rendah membolehkan pedagang memperolehi keuntungan yang lebih banyak. Axiory juga memberi faedah dagangan sehingga 1:777
  • Platform cTrader ini moden, terkini dan telah juga memenangi anugerah yang berprestij.
  • Axiory mengambil tiga langkah perlindungan dana pengguna iaitu perlindungan baki negatif, pengasingan dana serta pendaftaran dengan suruhanjaya kewangan.
😕 Boleh diperbaiki…
  • Instrumen dagangan yang terhad. Oleh itu, pedagang mungkin kekurangan pilihan di Axiory.
  • Tidak menawarkan perdagangan mata wang kripto (cryptocurrency).
  • Laman web hanya menyokong 7 jenis bahasa iaitu Inggeris, Rusia, Arab, Sepanyol, Portugis, Thai dan Vietnamese.
Website Axiory
You can trade Forex , CFD

Apa yang anda boleh didagangkan di Axiory?

Forex

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$10 Baik 1:777 Low

Forex ataupun FX ialah pasaran tukaran asing yang paling cair di seluruh dunia. Pasaran ini sangat luas, dimana kapasiti perdagangannya dianggarkan melebihi $6.6 trilion sehari. Axiory yang mempunyai latar belakang dan kepakaran dalam bidang ini menyediakan 62 pasangan mata wang yang terdiri daripada pasangan mata wang utama, minor, serta eksotik. Dagangan boleh dilakukan pada bila-bila masa selama 24 jam sehari dan 5 hari seminggu.

CFD

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$100 Baik 1:777 Low

Di Axiory, klien ditawarkan pelaburan dalam 10 indeks utama dunia seperti DAX, Nikkei, dan NSDQ. Axiory berharap peluang perdagangan dalam indeks CFD ini dapat memberi peluang kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan hasil pergerakan harga indeks saham utama. Perbezaan akaun membawa perbezaan kepada spread. Contohnya, spread bagi akaun Nano untuk DAX ialah 1.5 pip manakala Standard dan MAX bernilai 1.8 pip.

Tenaga

Minyak mentah, gas asli dan elektrik adalah tenaga yang paling biasa didagangkan. Perdagangan minyak mentah di Axiory terbahagi kepada Brent, West Texas Intermediate (WTI), dan Indeks Minyak US/UK. Terdapat 5 penunjuk yang memberi kesan kepada harga minyak mentah iaitu tawaran dan permintaan, keputusan dan kenyataan OPEC, konflik dan politik, ekonomi semasa dan juga sentimen pasaran.  Spread bagi setiap simbol untuk setiap akaun tidak banyak perbezaannya. Contohnya, Brent mempunyai spread yang sama bagi setiap akaun kecuali akaun MAX bagi NGAS.

Logam

Axiory turut memberi peluang kepada klien untuk pelaburan logam berharga seperti emas. Spread purata bagi setiap akaun yang berbeza untuk perdagangan logam juga berlainan. Contohnya, bagi XAUUSD, spread purata bagi akaun Nano ialah 0.1 pip, 0.3 pip bagi Standard dan 0.37 bagi MAX.

Saham dan Dana Didagangkan Bursa (ETF)

Di Axiory, klien ditawarkan pelaburan dalam lebih daripada 100 saham dan 60 ETF di platform MT5 melalui Akaun Alpha.  Pedagang boleh menjadi pemegang saham syarikat-syarikat global seperti Netflix, Facebook, Apple, McDonald’s dan Coca-cola dengan beberapa klik sahaja.

Apa pedagang kami fikir setelah menilai kriteria utama?

Bayaran Axiory

Penilaian Traders

Setiap broker bersaing dalam bayaran yang dikenakan kepada pedagang bagi menarik lebih ramai klien.

Deposit untuk membuka setiap akaun ialah USD10 dengan komisen sebanyak USD6 untuk satu lot dalam akaun Nano dan Alpha manakala tiada komisen untuk akaun Standard dan MAX. Tiada bayaran lebihan akan dikenakan untuk penambahan deposit dan pengeluaran.

Akaun korporat pula adalah akaun yang memerlukan jumlah setinggi USD1000 sebagai deposit minimum.

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran, sila layari laman web mereka dan klik pada kategori carian pilihan. Kalkulator yang disediakan di situ boleh membantu pedagang membuat jangkaan dalam perdagangan mereka.

Jenis Akaun

Penilaian Traders

Terdapat 5 jenis akaun dalam Axiory iaitu Akaun Nano, Akaun Standard,Akaun MAX, Akaun Terra dan Akaun Alpha.

Akaun Nano menawarkan pelaksanaan pantas dan spread yang ketat. Spread untuk EURUSD bermula dari 0.2 pip dengan bayaran transaksi sebanyak USD6 bagi setiap lot.

Sekurang-kurangnya USD 10 diperlukan sebagai deposit minimum dengan 2 mata wang pilihan iaitu EUR dan USD. Akaun ini memberi purata spread EURUSD paling rendah iaitu 0.2. USD 6 dikenakan sebagai komisen bagi setiap lot. Leveraj bagi akaun Nano pula mencapai 1:400.

Akaun Standard adalah akaun yang paling popular di platform MT4 dan cTrader. Ia direka untuk semua jenis perdagangan. Tiada komisen akan dikenakan kepada pedagang sebagaimana akaun Nano. Ia juga mempunyai spread yang lebih tinggi berbanding Nano iaitu 1.2. Aspek lain adalah sama dengan Nano. Leveraj bagi akaun Standard ini adalah sehingga 1:400.

Akaun MAX adalah akaun untuk pedagang korporat. Ia mempunyai kelebihan berbeza berbanding akaun Nano dan Standard. Pedagang boleh menggunakan Expert Advisors tanpa had dalam akaun ini. Akaun MAX mempunyai spread paling tinggi berbanding akaun lain di Axiory iaitu 1.8. Leveraj juga mencapai sehingga 1:777 berbanding 1:400 dalam akaun Nano dan akaun Standard. Lebih-lebih lagi, sama seperti akaun standard, akaun MAX juga tidak mengenakan komisen.

Ketiga-tiga akaun ini mempunyai perlindungan baki negatif, dibenarkan untuk lindung nilai, didagangkan di kedua-dua platform MT4 dan cTrader serta ada dalam Akaun Islamik.

Axiory juga menyediakan akaun demo bagi mereka yang ingin cuba atau berlatih dalam perdagangan sebelum mula melakukan perdagangan sebenar.

Bagi mereka yang beragama Islam, Axiory telah menyediakan Akaun Islamik yang patuh Syariah. Akaun ini tiada bayaran swap. Akaun boleh dibuka di Axiory dan mengambil masa 24 jam sahaja untuk dibuka.

Akaun Terra ditawarkan di platform MT5 dan ada dalam Akaun Islamik. Spread untuk EURUSD bermula dari 0.2 pip dengan bayaran transaksi sebanyak USD6 bagi setiap lot. Sekurang-kurangnya USD 10 diperlukan sebagai deposit minimum dengan 2 mata wang pilihan iaitu EUR dan USD. Leveraj bagi akaun Terra mencapai 1:400. Axiory juga menyediakan akaun demo bagi mereka yang ingin cuba atau berlatih dalam perdagangan sebelum mula melakukan perdagangan sebenar.

Akaun Alpha adalah akaun di platform MT5 dan hanya untuk pelaburan dalam saham yang didagangkan di bursa. Bayaran transaksi bermula daripada USD1.5 bagi setiap lot. Untuk akaun Alpha, tiada deposit minimum dikenakan dan leveraj ialah 1:1. Akaun Islamik dan akaun demo tidak disediakan untuk Akaun Alpha.

Platform

Penilaian Traders

Platform Axiory terkenal sebagai platform mesra pengguna yang hebat dengan alatan analisis, tempahan dan perdagangan yang maju. Hal ini kerana mereka memberi tumpuan kepada teknologi moden.

Axiory menyediakan 3 platform untuk perdagangan di Axiory iaitu MetaTrader 4,cTrader dan MetaTrader 5.

MetaTrader 4

MetaTrader ialah platform yang paling terkenal dalam perdagangan dunia. Hal ini kerana ia mempunyai banyak alatan dan penunjuk untuk analisis teknikal yang boleh membantu pelanggan membuat keputusan pelaburan yang tepat. Anda boleh memperolehi 3 kelebihan utama jika menggunakan MetaTrader 4. Kelebihannya termasuklah tiada sekatan semasa menggunakan Expert Advisors (EA), kemampuan pelaksanaan tempahan yang cemerlang, dan lebih 50 jenis penunjuk sedia terbina.

cTrader

cTrader baru sahaja diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2016. Walaupun masih baru berbanding MetaTrader 4, ia memiliki teknologi terkini yang sesuai dengan peredaran semasa. cTrader moden dan mesra pengguna. Oleh itu, ia mempunyai ciri-ciri terkini dan penambahbaikan yang sesuai untuk pengalaman perdagangan yang lebih baik. Hanya satu log masuk untuk semua akaun yang berada di bawah ID cTrader. cTrader juga memberi lebih daripada 60 penunjuk untuk pengurusan risiko dan analisis teknikal yang lebih maju.

Antara kelebihan menarik yang disediakan oleh cTrader adalah akses pasaran secara terus yang pantas menerusi teknologi STP/ECN, pelbagai alatan pengurusan tempahan dan risiko, sokongan pembangunan dan penggunaan penunjuk biasa dan robot perdagangan untuk perdagangan automatik. Ia juga turut hadir sesuai untuk Windows dan carta aset secara langsung.

Selain itu, Axiory turut menyediakan 5 alatan iaitu MyAxiory, Calculator, Autochartist, Strike Indicator, dan Currency Indices. My Axiory adalah antaramuka dalam talian yang membolehkan pedagang melihat dan menguruskan akaun mereka. Oleh itu, pedagang boleh membuka akaun tambahan, menukar leveraj, memasukkan dana ke dalam akaun, dan membuat pengeluaran dengan sungguh mudah. MyAxiory boleh digunakan di komputer atau tablet. Kalkulator membantu anda membuat jangkaan perdagangan.

MetaTrader 5

MetaTrader 5 mempertingkatkan kualiti MetaTrader 4 dengan fungsi dagangan kewangan yang canggih serta alat-alat untuk analisis teknikal dan asas. Dalam MetaTrader 5, anda akan mempunyai akses kepada alat dan ciri dagangan lanjutan termasuk 80 jenis penunjuk teknikal sedia ada, 24 objek grafik, 21 rangka masa untuk carta dinamik dan kelobehan berdagang dengan hanya satu klik.

Kebolehgunaan

Penilaian Traders

Laman web Axiory kelihatan ringkas, kemas dan mudah. Axiory menggunakan warna putih dan keemasan ungu dengan tulisan dan imej yang minimum supaya klien lebih mudah mendapatkan semua maklumat yang diperlukan.

Halaman utamanya dimulakan dengan berita perdagangan dan pasaran, diikuti dengan pernyataan mengenai kelebihan Axiory yang mengutamakan teknologi masa depan, sokongan pelanggan yang cemerlang, kaedah deposit dan pengeluaran, dan keselamatan dana. Ini merupakan perkara penting yang menjadi keutamaan bagi pedagang-pedagang. Oleh itu, memaparkannya pada halaman utama adalah taktik pintar Axiory dalam mempromosikan perkhidmatan mereka.

Butang Contact dan FAQ diletakkan pada bahagian paling atas di sebelah ruang carian bersama butang untuk membuka akaun. Ini menunjukkan mereka mengambil berat terhadap klien yang memerlukan maklumat atau jawapan bagi persoalan mereka.

Laman web Axiory dibahagikan kepada 7 bahagian penting, daripada kelebihan memilih Axiory, sehingga informasi mengenai pasaran, platform dan sumber perdagangan.

Terdapat 7 bahasa boleh digunakan untuk laman web mereka iaitu bahasa Inggeris, Rusia, Arab, Sepanyol, Portugis, Thai dan Vietnamese. Namun begitu, humlah bahasa ini dikira agak sedikit jika dibandingkan dengan broker lain.

Sokongan Pelanggan

Penilaian Traders

Axiory menjaminkan sokongan pelanggan yang cemerlang bagi klien mereka menerusi pendekatan manusia kepada manusia. Oleh itu, hanya interaksi dengan manusia disediakan dan bukannya robot seperti sesetengah broker dalam talian yang lain. Klien boleh menghantar mesej melalui laman web mereka atau bersembang secara langsung menerusi Live Chat. Terdapat 6 lokasi di mana Axiory menyediakan sokongan pelanggan iaitu Belize, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu, Singapura, Cyprus dan Chile.

Klien juga boleh terus merujuk kepada laman FAQ mereka sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan pantas.

Axiory juga memberi jaminan bahawa pasukan sokongan pelanggan mereka terdiri daripada individu yang berpendidikan tinggi dan terlatih. Pasukan ini memberi sokongan kepada pelanggan selama 24 jam sehari, sebanyak 5 hari seminggu. Mereka juga boleh dihubungi menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, dan Linkedin.

Kecemerlangan Axiory daripada aspek sokongan pelanggan telah membawa mereka Anugerah Sokongan Klien Paling Mesra.

Kaedah Pembayaran

Penilaian Traders

Axiory menyediakan pelbagai kaedah deposit dan pengeluaran supaya pedagang lebih selesa dan mudah dalam perurusan. Terdapat tiga jenis kaedah pembayaran iaitu menerusi kad, pindahan kawat dan e-dompet.

Kaedah pembayaran dengan kad adalah menerusi Visa dan JCB. Mata wang yang digunakan ialah USD dan EUR tanpa sebarang yuran deposit. Apabila membuat deposit, pembayaran menerusi kad memberikan kesan langsung ke dalam akaun, manakala 3 sehingga 10 hari perniagaan diperlukan untuk pengeluaran menggunakan kad.

Kaedah pembayaran menerusi pindahan kawat antarabangsa memakan masa yang lebih lama bagi deposit dan pengeluaran— 3 sehingga 10 hari diperlukan untuk proses deposit dan pengeluaran. Namun, tiada yuran deposit dikenakan kepada pedagang.

Kaedah yang terakhir ialah menggunakan e-dompet. Terdapat 3 platform iaitu Sticpay,  Neteller, dan Skrill. Masing-masing mempunyai tempoh yang berbeza bagi deposit dan pengeluaran. Malah, ada bayaran dikenakan sekiranya pedagang mahu melakukan deposit dan pengeluaran. Semua kaedah e-dompet adalah lebih pantas dalam proses deposit dan pengeluarannya.

Tawaran Terbaik

Penilaian Traders

Terdapat tiga ruang untuk pedagang mendapatkan berita dan artikel pembelajaran. Sumber ini penting supaya pedagang dapat meningkatkan ilmu pelaburan mereka sebelum dan semasa membuat perdagangan. Akademi Perdagangan Axiory (Axiory’s Trading Academy) ialah tempat terbaik untuk pedagang yang baru mendidik diri dalam budang perdagangan. Terdapat pelbagai artikel yang disediakan dalam tiga kategori utama iaitu asas, terma perdagangan dan platform.

Market News atau Berita Pasaran adalah tempat terbaik untuk mendapatkan berita terkini yang boleh memberi impak terhadap keputusan perdagangan anda.

Axiory mempunyai banyak alatan lain seperti Autochartist, Axiory Strike Indicator, Akaun PAMM/MAM, Pelaburan dan Analisis Teknikal.

Analisis Teknikal adalah untuk mereka yang mahu melihat pergerakan perdagangan. Autochartist pula membolehkan menyemak imbas pasaran, menjalankan analisis dan melaporkannya kepada pedagang. Axiory turut menawarkan penyelesaian bagi pengurusan kewangan dengan menawarkan Akaun PAMM/MAM.

Axiory juga menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti Kalendar Ekonomi dan Statistik yang membantu pedagang membuat jangkaan dan meramal keputusan perdagangan.

Peraturan dan Perlindungan Deposit

Penilaian Traders

Axiory amat mementingkan perlindungan terhadap pelaburan pelanggan. Oleh itu, Axiory dikawal selia oleh International Financial Services Commission (IFSC) di Belize, di mana ibu pejabat mereka terletak. Walaubagaimanpun, ia dikatakan bahawa peraturan IFSC tidaklah sehebat atau seketat FCA, ASIC, dan CySEC.

Semua deposit milik klien pula diletakkan dalam akaun berasingan. Ini memastikan dana perdagangan milik klien tidak digunakan dalam akaun operasi Axiory. Semua dana ini diaudit oleh rangkaian kewangan antarabangsa terkemuka di seluruh dunia.

Axiory turut berbangga dengan dasar keselamatan mereka menerusi pengesahan pelanggan yang ketat serta mematuhi polisi anti pelaburan wang haram. Axiory merupakan ahli berdaftar dengan Financial Commission (FC) dan hal ini memberi kelebihan kepada pelanggan yang ingin menuntut ganti rugi sehingga €20,000 untuk setiap kes.

Dari segi yang lain pula, Axiory menyediakan Perlindungan Baki Negatif. Melalui perlindungan ini, klien tidak akan mengalami kerugian melebihi apa yang telah dilaburkan. Hal ini kerana Axiory mengambil langkah berjaga-jaga dengan menetapkan baki akaun secara automatik kepada sifar apabila mengesan kerugian yang melebihi baki keseluruhan akaun.

Anugerah

Penilaian Traders

Axiory masih dianggap baru dalam pasaran. Namun demikian, ia sudah menerima Anugerah Sokongan Pelanggan Terbaik (Best Client Support) di Arabcom pada tahun 2012. Platform cTrader yang digunakan oleh Axiory juga turut menerima anugerah Penyedia Teknologi Perdagangan Terbaik oleh Arabcom juga pada tahun 2013. Axiory masih cuba memperkenalkan dirinya dalam pasaran dengan menyertai Ekspo antarabangsa.