Skip to content

HYCM

Analyst Team trader
Updated 16 Mac 2023

Buka Akaun Demo

HYCM merupakan broker yang amat dihormati dan dikawal selia merentas berbilang bidang kuasa dan mempunyai sejarah yang panjang dalam menyediakan perkhidmatan dagangan. Syarikat ini telah bertapak sejak tahun 1977, dan memiliki pengalaman melebihi 40 tahun.

Broker ini berbangga kerana memenuhi piawaian yang tinggi, termasuk spread daripada hanya 0.2 pip dan purata masa pelaksanaan bawah 12 milisaat. Ia menawarkan lebih daripada 300 instrumen dagangan dan pelbagai jenis akaun.

Ibu Pejabat HYCM terletak di London, dengan beberapa buah pejabat tambahan di Cyprus, Dubai, Kuwait, dan Kepulauan Cayman. Syarikat induknya, HENYEP Group, memiliki ibu pejabat di Hong Kong.

Broker Overview

HYCM Lower trading fees

Penilaian Traders
sila lihat
😁 Kami amat menyukai…
  • Pengalaman melebihi 40 tahun
  • Dikawal selia oleh beberapa badan di seluruh dunia
  • Memenangi pelbagai anugerah
😕 Boleh diperbaiki…
  • Sesetengah broker menawarkan lebih banyak instrumen dagangan

Apakah yang boleh anda dagangkan?

Ulasan Forex HYCM

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$100 Sederhana 1:200 Low

Sebarang ulasan forex HYCM berkemungkinan akan memuji pasangan mata wang yang tersedia daripada broker ini, berserta spread dan penentuan harganya yang jelas.

Pada masa penulisan ini, broker ini menyokong 69 pasangan forex. Perkara ini memberikan kelebihan yang ketara berbanding broker lain, kerana kebanyakan broker hanya mempunyai sekurang-kurangnya 10 hingga 20 pasangan lebih rendah berbanding broker ini. Mereka yang menyemak kadar forex HYCM pasti akan menyedari spread yang ditawarkan daripada hanya 0.2 pip, margin daripada hanya 0.5 setiap sen dan leveraj maksimum sebanyak 1:200.

Bakal pelanggan dan pelanggan semasa boleh menyemak penentuan harga HYCM dengan melihat pada halaman Produk, yang jelas memperincikan spread minimum bagi setiap instrumen dan jenis akaun.

Ulasan CFD HYCM

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$100 Sederhana 1:200 Low

Kebanyakan aset yang tersedia daripada HYCM adalah tersedia menerusi CFD. Dengan menawarkan saham, indeks, mata wang kripto dan komoditi sebagai Kontrak untuk Perbezaan, HYCM membenarkan pelanggan untuk mengakses pelbagai kelas aset pada satu platform dan mengambil kesempatan daripada leveraj.

CFD indeks daripada HYCM boleh mempunyai leveraj sehingga 1:200 dan mereka menawarkan lebih daripada 15 indeks paling terkenal di seluruh dunia. Tawaran seperti ini memberikan pelanggan akses segera ke plasaran global untuk ekuiti. 15 komoditi yang tersedia mempunyai leveraj sehingga 1:133 dan merangkumi kategori-kategori seperti logam, tenaga dan pertanian.

Ulasan Saham HYCM

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$100 Sederhana 1:20 Mid

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, beberapa saham tersedia sebagai CFD. Ini merupakan satu-satunya cara saham tersedia menerusi broker ini, kerana anda tidak boleh berdagang saham secara langsung seperti cara tradisional.

Dengan memilih untuk berdagang CFD saham dengan HYCM, pelanggan boleh memanfaatkan leveraj maksimum sehingga 1:20. Terdapat lebih daripada 170 saham untuk dipilih, dengan spread minimum yang dipaparkan dengan jelas di halaman Produk HYCM.

Ulasan Mata Wang Kripto HYCM

Penilaian Traders
Deposit Min Sokongan Apl Leveraj Maks Yuran
$100 Regular 1:20 Mid

HYCM menyenaraikan lima mata wang kripto utama dengan sejumlah 14 pasangan mata wang kripto yang tersedia. Walaupun sesetengah broker menawarkan lebih banyak daripada jumlah ini, ia masih dianggap sebagai jumlah aset yang berpatutan. Leveraj pada mata wang kripto boleh mencecah sehingga 1:20. Seperti biasa, pasukan kami menghargai kebolehan untuk membandingkan spread minimum dengan mudah merentas jenis akaun pada halaman Produk.

Apakah pendapat Traders kami selepas menyemak kriteria utama?

Yuran HYCM

Penilaian Traders

Yuran broker ini agak kompetitif. Kebanyakan yuran datang dalam bentuk spread, namun terdapat juga yuran untuk swap dan gulung lampau. Sesetengah jenis akaun juga mengenakan yuran pada aset-aset tertentu.

Apabila yuran dikenakan untuk sesuatu tindakan, HYCM akan menyenaraikannya dengan jelas di bahagian laman web yang berkaitan, dan tindakan ini amat kami hargai kerana ini bermakna tiada yuran tersembunyi dikenakan. Traders juga mungkin akan menghargai berbilang jenis akaun yang membenarkan anda memilih antara spread tetap atau berubah.

Jenis Akaun

Penilaian Traders

Broker ini menawarkan berbilang jenis akaun. Ini membantu menarik minat Traders daripada semua tahap pengalaman dan gaya.

Akaun tetap mempunyai spread serendah 1.8 pip tanpa komisen dan dengan deposit minimum sebanyak $100. Terdapat jumlah dagangan minimum sebanyak 0.01 lot. Akaun Islamik tersedia manakala dan Penasihat Pakar tidak tersedia.

Akaun klasik memiliki spread berubah bermula pada 1.2 pip tanpa komisen. Deposit minimum dan volum dagangan minimum adalah sama. Akaun Islamik dan Penasihat Pakar tersedia.

Akaun mentah menawarkan spread mentah serendah 0.2 pip berserta komisen sebanyak $4 bagi satu pusingan. Deposit minimum meningkat kepada $200. Masih terdapat volum dagangan minimum sebanyak 0.01 lot dan ketersediaan untuk EA dan akaun Islamik.

Ulasan kami mencadangkan akaun VIP untuk mereka yang merancang untuk berdagang dalam volum yang lebih tinggi. Akaun jenis ini memperbaiki spread pada akaun Tetap dan menambah pengurus akaun khusus dan analisis pasaran yang komprehensif.

Akaun demo turut tersedia bagi membantu anda menguji platform dan mengasah kemahiran dagangan anda dengan wang maya.

Platform

Penilaian Traders

HYCM Mobile

Ulasan HYCM ini menghargai kewujudan platform biasa untuk dagangan, iaitu MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Pilihan untuk menggunakan platform-platform ini boleh membantu Traders berasa selesa semasa menggunakan HYCM. Selain itu, ini bermakna pelanggan akan dapat menemui tutorial dan petua tambahan untuk menggunakan platform-platform ini, daripada HYCM dan sumber-sumber lain.

Sambil anda menyemak platform HYCM UK, anda berkemungkinan akan menghargai kebolehan untuk menggunakan Penasihat Pakar dengan mudah di MT4. MetaTrader 4 mudah untuk dipasang untuk dagangan 24/5 tanpa perantaraan pihak ketiga. Selain itu, MetaTrader 4 tersedia merentas pelbagai peranti, termasuk aplikasi daripada Google Play dan Apple App Store.

MetaTrader 5 merupakan satu lagi pilihan untuk berdagang dengan HYCM dan ia membantu menarik minat Traders yang lebih maju. Platform tersebut turut tersedia untuk peranti Android dan iOS. Menggunakan MT4 atau MT5 memberikan Traders peluang untuk berdagang dengan lebih daripada 300 instrumen merentas lima kelas aset.

Kebolehgunaan

Penilaian Traders

Kami mendapati laman web broker ini amat berguna. Ia mempunyai antara muka yang kemas dan profesional dengan penggunaan skala kelabu dan tambahan warna. Pada masa yang sama, penggunaan imej latar belakang membantu menjadikan laman web ini menarik tetapi tidak mengganggu.

Menu navigasi utama adalah mudah untuk digunakan dengan menu ke bawahnya. Kami jugam enghargai menu di bahagian atas yang berasingan untuk pengepala utama, seperti Pusat Bantuan dan Henyep Group. Ini membenarkan HYCM untuk menempatkan lebih banyak navigasi dalam ruang yang sempit tanpa menyesakkan pandangan.

Sokongan Pelanggan

Penilaian Traders

HYCM Review

Bagi mereka yang memerlukan maklumat untuk menyemak dagangan CFD HYCM boleh menemui maklumat berguna dalam Pusat Bantuan. Halaman ini merangkumi seksyen FAQ yang mengandungi jawapan untuk soalan-soalan biasa, termasuk untuk mereka yang mempertimbangkan untuk mendaftar dengan HYCM dan mereka yang telah berdaftar. Seksyen FAQ dibahagikan kepada kategori, memudahkan anda untuk mencari maklumat yang berkaitan.

Pusat Bantuan turut menampilkan pautan ke seksyen Pendidikan laman web ini, serta Borang & Dokumen dan Bermula. Ia juga menampilkan bar carian.

Cara termudah untuk menghubungi sokongan HYCM adalah menerusi fungsi sembang langsung, yang tersedia dibahagian atas sebelah kanan setiap halaman laman web ini. Anda juga boleh menemui halaman Hubungi Kami dengan memilih Tentang daripada menu navigasi utama. Halaman Hubungi Kami menyertakan nombor telefon setempat UK dan berbilang alamat e-mel, setiap satunya untuk kategori tertentu, misalnya pembukaan akaun atau sokongan pelanggan. Pelanggan juga boleh melawat ibu pejabat HYCM London.

Kaedah Bayaran

Penilaian Traders

Tiada yuran deposit dan terdapat pelbagai kaedah bayaran yang tersedia. Sila ambil maklum bahara penyedia bayaran anda mungkin mengenakan caj bayaran kepada anda

Bayaran kad

Bayaran kad, termasuk Visa dan MasterCard, diproses dalam masa satu jam, dan menawarkan deposit yang hampir serta-merta.

Pindahan kawat bank

Pindahan kawat bank mengambil masa antara satu hingga tujuh hari bekerja untuk diproses.

E-dompet

HYCM turut menyokong beberapa e-dompet. WebMoney, Neteller dan Skrill boleh mengambil masa sehingga satu jam untuk memproses dana, dan turut menawarkan akses dana yang segera.

Tawaran Terbaik

Penilaian Traders

Seksyen Pendidikan di HYCM menyertakan seksyen FAQ dengan maklumat pendidikan berkaitan dagangan forex, indeks, saham dan komoditi. Seksyen ini adalah amat berguna untuk pemula tetapi tidak begitu bermanfaat untuk Traders berpengalaman.

Terdapat juga halaman Pendidikan utama, yang menawarkan tutorial, alat dagangan, strategi dagangan dan video bagi membantu pelanggan menggunakan MT4. Di sini, anda akan menemui pembelajaran untuk semua tahap kemahiran, termasuk Analisis Teknikal Lanjutan dan Istilah Forex Asas. Terdapat juga eBuku dan Kursus Pemula.

Pelanggan juga berpeluang untuk menyemak webinar HYCM. Mereka menyediakan webinar mingguan mengenai forex selain daripada pelbagai bengkel dalam talian. Untuk semua webinar dan bengkel, HYCM menyertakan butiran terperinci. Pelanggan boleh melihat webinar terdahulu untuk sumber-sumber tambahan. Traders HYCM juga mempunyai pilihan untuk menghadiri seminar yang dijalankan oleh broker ini, di lokasi-lokasi di seluruh dunia.

Peraturan & Perlindungan Deposit

Penilaian Traders

Pasukan kami merasakan bahawa bakal pelanggan sepatutnya berasa tenteram dengan tahap keyakinan yang tinggi mengenai perlindungan deposit dan peraturan daripada broker ini. Di UK, ia diberi kuasa dan kawal selia oleh Lembaga Kawalan Kewangan (FCA), dengan nombor lesen 186171. Oleh itu, pelanggan layan untuk menerima pampasan sehingga 85,000 GBP sekiranya berlaku ketaksolvenan.

Untuk ketenangan tambahan, HYCM juga dikawal selia dan diberi kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Cyprus dengan nombor lesen 259/14 dan oleh Autoriti Kewangan Kepulauan Cayman dengan nombor lesen 1442313.

HYCM juga mematuhi Peraturan Infrastruktur Pasaran Eropah, dan ini bermakna broker ini melaporkan derivatif untuk CFD dan repositori dagangan lain. Pelaporan ini dilakukan dengan keselamatan yang ketat menerusi UnaVista, yang merupakan platform yang dihoskan LSE global dan menerusi DTCC untuk FCA dan CySEC.

Broker ini turut mematuhi MiFID. Oleh itu, pelanggan tahu bahawa ia mengikuti undang-undang EU yang memperbaiki ketelusan, daya pemulihan dan keberkesananpasaran kewangan sambil turut meningkatkan perlindungan pelabur.

Anda boleh menyemak keselamatan dana HYCM untuk menambah keyakinan anda tentang keselamatan dana anda. Semua dana pelanggan disimpan dalam bank Peringkat 1 dalam akaun berasingan. HYCM juga mengikuti piawaian perlindungan data yang ketat, menjadikan keselamatan maklumat pelanggan satu kepentingan utama. Broker ini turut mengupah Moore Stephens dan BDO Ltd untuk menjadi juruaudit luaran bebas untuk audit tahunan.

Anugerah

Penilaian Traders

Selama bertahun-tahun, banyak syarikat telah mengiktiraf HYCM, dan broker ini telah memperoleh lebih daripada 20 anugerah global. Ini termasuklah gelaran “Broker Forex Terbaik”, “Platform Dagangan Terbaik” dan “Perkhidmatan Pelanggan Terbaik.”

Pengiktirafan untuk “Broker Forex Terbaik” diterima pada tahun 2017 dan 2018 daripada World Finance untuk Timur Tengah, di Eropah pada tahun 2018, di UAE dan Eropah pada tahun 2017, di Eropah Utara dan Selatan pada tahun 2015 daripada Anugerah FX Report, di Eropah pada tahun 2014, di Asia Timur pada tahun 2014 untuk Anugerah FX Report, di Timur Tengah daripada World Finance pada tahun 2013 dan di Eropah Utara pada tahun 2012, secara global daripada Anugerah MENA Forex 2012, di Timur Tengah pada tahun 2011, dan sebagai “Broker Global Terbaik” pada tahun 2011.

Pengiktirafan untuk “Platform Dagangan Terbaik” termasuklah “Platform Dagangan Forex Terbaik” daripada Anugerah Global Forex pada tahun 2019, “Platform Dagangan Mudah Alih Terbaik” daripada World Finance pada tahun 2017, “Platform Dagangan Terbaik” di Dubai pada tahun 2017, “Platform Runcit Terbaik” daripada Anugerah FX Report pada tahun 2015, “Platform Dagangan Runcit Terbaik” pada tahun 2014 daripada Anugerah FX Report, “Platform Dagangan Mudah Alih Terbaik” pada tahun 2013 daripada World Finance, dan “Platform Dagangan Profesional Global Terbaik” pada tahun 2014.

Akhir sekali, pengiktirafan untuk perkhidmatan pelanggan termasuklah “Penyedia Akaun Mini FX Terbaik” daripada World Finance pada tahun 2012 dan “Penyedia Perkhidmatan Pelanggan Terbaik” pada tahun 2012.